berita

Dah Habis Fasa ‘Pulih’, Sufian Suhaimi Sedia Nak Kahwin – ‘Ada Jodoh Ada Restu Ibu Bapa, Insya-Allah Jalan’

November 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi tumpang gembira melihat sahabat baiknya, Haqiem Rusli berkahwin pada Jumaat lalu.

Ada rasa nak kahwin

Mengakui mempunyai keinginan yang sama, Sufian, 29, berkata dia tidak terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang selagi belum bertemu dengan yang serasi.

Saya gembira lihat rakan-rakan saya yang menamatkan zaman bujang, meneruskan fasa seterusnya dalam kehidupan. Ini rezeki mereka.

Dalam hidup ni kita nak apa lagi kan? Memang fitrah hidup kita ingin berpasangan, of course ada rasa tu tapi tak ada la sampai terburu-buru nak kahwin secepat mungkin.

Saya nak je orang biasa, saya tak kisah artis ke tak artis kalau sesuai dan serasi kita jalan je.

Dah habis tempoh ‘pulih’

Ditanya sama ada masih dalam fasa ‘pulih’, pemilik nama Sufian Haji Suhaimi menafikan dan memberitahu dia sudah bersedia untuk berkahwin sekiranya sudah menemui pilihan yang tepat.

Malah, kata pelantun lagu Di Matamu, dia akan bersikap terbuka dan tidak akan merahsiakan sekiranya sudah mempunyai calon.

Ini bukan tempoh pulih dah, sekarang dah warm up. Ready anytime to go, ada jodoh ada restu ibu bapa, ada keserasian Insya-Allah jalan.

Saya bukan jenis nak rahsiakan kalau saya ada berkawan dengan someone special tapi saya tak ada lah nak berkongsi semua pasal peribadi dan perancangan bersama dia. Not sharing too much.

Saya nak apabila bersama dengan someone tu ada rasa bahagia, tak terbeban, rasa saling mencukupi. Daripada segi fizikal sedap mata memandang.

Sumber: Instagram @sufiansuhaimi_

SKIP THIS AD ×