berita

‘Dah Jadi Satu Kerja Aku Nak Basuh Lantai’ – Tak Bagitahu Bungkusan Air Bocor, Rita Rudaini Bengang Dengan ‘Rider’

November 6th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, pelakon kontroversi Rita Rudaini pernah meluahkan rasa kesal dengan servis yang diberikan oleh segelintir penghantar makanan.

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Kecewa ‘Rider’ Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah – ‘Tidak Ikhlas & Tak Bertanggungjawab…’

Kau tak ikhlas dengan kerja

Terbaru, Rita, 45, sekali lagi dilihat berang dengan penghantar makanan apabila minuman yang ditempahnya tumpah sehinggakan meninggalkan kotoran di lantai depan rumah.

Akui pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia marah dengan sikap penghantar makanan itu yang didakwa langsung tidak memaklumkan tentang insiden tersebut.

Kepada penghantar rezeki orang pagi Jumaat ini. Kau tak ikhlas dengan kerja kau dan sebab tu kau tak boleh nak jaga rezeki orang lain!

Dah jadi satu kerja aku nak basuh lantai depan rumah dengan air milo yang tumpah tinggal plastik saja. Orang macam ini memang tak pernah ikhlas dengan sendiri..apatah lagi dengan orang lain!

Aku memang sangat marah dengan perangai manusia macam ini. Dah pecah, dah bocor sekurangnya kau bagitau la. Ni kau blah (berlalu pergi) ja.

Tak jujur dalam bekerja

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum mengingatkan kepada penghantar makanan tersebut bahawasanya pesanan yang dihantar itu adalah satu rezeki.

Menjijih air milo sampai ke depan sana kau bawa dengan bocor lepastu kau letak ja tinggal macam tu. Yang kau bawa ini rezeki orang ya. Dan kau pun cari rezeki.

Tapi cara kau cari rezeki dengan cara tidak jujur dengan rezeki kau sendiri dan rezeki orang!

Sumber: Instagram @ritrud727

SKIP THIS AD ×