Sebelum ini, kecoh di media sosial isu campur tangan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai isu tunggakan gaji yang membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FCA). Difahamkan, isu tunggakan gaji pemain skuad Helang Merah dipercayai ‘tersangkut’ selama dua bulan.
Susulan daripada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tampil memberikan maklum balas menerusi akaun Facebooknya.
‘Sampai bila nak perangai macam ini?’
Sebelum ini, Tunku Ismail dipercayai menggelarkan Sanusi sebagai ‘kepala pistol’ dan sempat bertanyakan bilakah pemain KDA FC akan berlawan dengan pasukan JDT. Susulan daripada itu, Sanusi tampil mempertahankan pihaknya yang dipercayai baru sahaja menyelesaikan tunggakan pemain Kedah yang sangkut selama dua bulan.
La ni bulan sebelas dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa?. Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia.
Isu ini tidak berakhir apabila Tunku Ismail dilihat mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Menteri Besar Kedah, dan beliau sempat menawarkan diri untuk menjadi pelatih kesihatan.
Salam Datuk. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. ‘Well done’, jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar.
‘Diet apa dier?’
Susulan tawaran tersebut, Sanusi sekali lagi membalas respon Tunku Ismail dan menjelaskan beliau lahir terlebih dahulu sebelum Tunku Ismail dilahirkan.
Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah…La ni pun dok main bola lagi…Diet apa dier?
Terbaru, Sanusi sekali lagi dikatakan memerli Tunku Ismail susulan perlawanan suku akhir Piala Malaysia semalam, antara KDA FC dan JDT yang berakhir dengan seri 0-0. Ketika artikel ini ditulis, tiada maklum balas terkini oleh pemilik pasukan JDT.
Diet sakan pun tak leh menang jugakkk… tertomos pulak… adehhh!!
Sumber: Muhammad Sanusi Md Nor & Tunku Ismail Sultan Ibrahim