berita

‘Dah Lah Mahal Nak Ambil Maid, Berbelas Ribu!’ – Jasmin Hamid Geram Pembantu Rumah Lari

January 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Isu pembantu rumah yang melarikan diri semakin kerap berlaku sejak belakangan ini. Selain melarikan diri, ada juga pembantu rumah yang tergamak mencuri wang mahupun harta benda majikan yang membayar mereka setiap bulan. Terbaru, pelakon Jasmin Hamid merayu orang ramai agar mengesan pembantu rumahnya yang melarikan diri sejak Ahad lalu.

Ini semua sebab attitude

https://www.instagram.com/p/B7O1kIGFRWR/

Menerusi Instagram Jasmin Hamid, dia meminta masyarakat Malaysia menggunakan kuasa viral bagi mengesan pembantu rumahnya yang melarikan diri. Menurutnya lagi, pembantunya itu baru sahaja bekerja selama 5 bulan dan bayarannya agak mahal sehingga berbelas ribu. Pelakon itu juga memberitahu bahawa jika pembantunya itu tidak sanggup lagi bekerja, dia pasti akan menghantarnya ke pihak ajen semula. Jika dia melarikan diri seperti ini, permit kerjanya akan di tamatkan dan dia bakal dianggap sebagai pendatang tanpa izin.

Mengulas mengenai pengalaman mengambil pembantu rumah, pelakon itu juga memberitahu bahawa ini bukan kali pertama dia mengambil pembantu rumah Indonesia. Sebelum ini, pembantunya itu semua baik sahaja. Malah, pembantu rumah Melayu lebih teruk dan banyak kerenah semasa menjalankan tugas yang diberikan. Laporan polis turut dilakukan Jasmin bagi mengesan wanita itu.

Bawa lari barangan kemas dan barang berharga

Menerusi ruangan komen, netizen turut berkongsi pengalaman mengenai kisah pembantu rumah mereka. Menurut netizen, pembantu rumah mereka turut membawa lari barang kemas dan barangan berharga sewaktu hendak melarikan diri.

Sumber: Jasmin Hamid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×