berita

‘Dah Lah Nama Tiada Dalam Guest List’ – Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Menipu, Pulang Selepas Persembahan Aliff Aziz

October 10th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Bella Astillah

Pelakon Bella Astillah mendakwa aktres Sophia Albarakbah telah memberi kenyataan palsu mengenai kehadirannya di konsert All Stars Gegar Vaganza minggu kedua yang berlangsung Ahad lalu.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Fokus, Kehadiran Sophia Albarakbah Tidak ‘Cacatkan’ Persembahan – ‘Pusing Pusing Jumpa Orang Sama’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Melakukan Yang Terbaik Untuk Awak & Anak-Anak Kita’

Penipu, putar belit

Bella Astillah

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella turut mendakwa Sophia terus meninggalkan auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejurus suaminya, Aliff Aziz membuat persembahan.

Malah, Bella turut mendakwa nama Sophia sebenarnya tiada dalam senarai tetamu yang sepatutnya hadir pada malam berkenaan.

Ya Allah masih nak menipu stay lepas Liza Hanim? Serius la dia ni. Dahlah nama tak ada dalam guest list. Dan kemudian lepas Aliff habis saja menyanyi dia terus gerak balik. Dahlah duduk depan wartawan, lepas itu nak menipu lagi.

Pada perkongsian yang sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengatakan Sophia sudah biasa menipu dan memutar belit kenyataan.

Haih tapi tak hairanlah dia ni dah biasa menipu dan putar belit.

Terdahulu, Sophia Albarakbah menjelaskan kehadirannya di All Stars Gegar Vaganza minggu lalu tiada kaitan dengan penyertaan Aliff Aziz.

Sebaliknya kata Sophia, dia hadir bagi menemani dan memberikan sokongan kepada sepupunya Aisha Retno.

Sebelum ini Sophia dan Aliff pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan cinta ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×