Kakak kepada Noor Neelofa iaitu Noor Nabila lebih selesa memilih untuk mengekalkan kehidupan peribadinya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin secara privasi.
Ini perkahwinan kali ketiga
Menurut Nabila, dakwaan netizen mengenai kisah rumah tangganya sedang bermasalah adalah tidak benar. Tambah Nabila, dia dan suami memilih untuk jarang berkongsi foto bersama memandangkan ini perkahwinan kali ketiga untuk mereka berdua.
Suami saya seorang yang jarang berkongsi perihal peribadi di media sosial, secara tidak langsung saya pun jadi terikut dengan sikapnya itu. Bila anda dapat suami yang suka berkongsi, anda juga akan jadi sama naik. Saya dan dia sama. Kita pun dah melalui perkahwinan ketiga jadi kita lebih berhati-hati sikitlah. Namun, itu tidak bermakna retak atau apa. Kita percaya sahajalah seperti orang kata jodoh, ajal, maut ini semuanya kerja Tuhan.
Begitu juga dengan perkahwinan. Selagi ada jodoh saya dengan suami, selagi itulah. Tak payahlah orang nak cuba teka atau membuat andaian.
Sebagai keluarga selebriti, Nabila mengatakan dia tidak kisah menjadi perhatian ramai.
Saya tidak dapat lari daripada tempias kerana adik saya Neelofa, bekas suami saya, Sharnaaz Ahmad adalah artis. Begitu juga anak saya yang ada peminat tersendiri. Apa pun, saya hormat dengan pihak yang berminat untuk tahu. Namun, jika saya pilih untuk tidak berkongsi mungkin mereka pun kena hormat sekalilah kan.
Sumber: Harian Metro