berita

Dah Lama Idamkan Percutian Ala-Ala Di Pantai Maldives? Pulau Rawa Adalah Destinasinya!

January 31st, 2020 | by Shahira
Travelogue

Pulau Rawa merupakan salah satu private island tercantik yang ada di negeri Johor. Keindahan air lautnya yang jernih bak mutiara dan pemandangan mendamaikan sememangnya mampu memukau mata setiap orang yang melihatnya. Bukan itu sahaja, Pulau Rawa ini juga sesuai dijadikan sebagai satu destinasi untuk bercuti disamping untuk merehatkan minda.

Jadi, buat korang yang berhasrat untuk pergi ke pulau itu nanti, jom baca tips dari Noor Umiyana yang berkongsikan pengalamannya bercuti ke Pulau Rawa baru-baru ini. Apa yang menariknya, kos selama 2 hari 1 malam buat 3 orang hanyalah RM1624 sahaja. Wah, best nya!

2 hari 1 malam di Pulau Rawa

Ramai minta itinerary pasal Pulau Rawa, akak menginap di Alang’s Rawa sebab boleh stay 2 hari 1 malam. Ada je resort situ satu lagi tu Rawa Island Resort, minima stay 3 hari 2 malam. Cara-cara nak booking korang mesti booking melalui email [email protected] dan korang akan bernasib baik kalau dia balas cepat. Akak pun tertunggu-tunggu juga lah tapi sebaiknya korang booking awal sebelum ke sana sebab chalet dekat situ terhad.

Settle semua booking payment nanti dia akan bagi nombor whatsapp orang yang arrange bot. Pulau Rawa ni private island dan tak sama macam pulau-pulau yang lain. Jangan pula korang bawa bekal macam pergi Pulau Desaru. Setakat makanan ringan seperti jajan sebungkus dua boleh lah kot.

Menginap di Alang’s Rawa

12 tengahari terus je Jetty Mersing, ada parking khas untuk yang pergi ke Pulau Rawa iaitu dalam RM30 sehari. Bot ambil kita dalam pukul 12 dan make sure sampai awal so korang boleh pergi makan sebab pakej start dengan dinner. Kalau korang nak balik pukul 3 petang keesokan harinya (makan malam, sarapan dan makan tengahari) so kalau korang sampai awal makan siap-siap dekat Mersing tapi kalau tak sempat boleh add on lunch dekat sana (RM65 seorang).

Untuk booking memang tak boleh guna agent ya, korang kena direct email. Pakej little a frame kalau air pasang kita water chalet, air sampai dekat tangga kira per head (1 kepala) 2 hari 1 malam RM649.50 termasuk tax 10% + 6%. Anak akak yang 6 tahun 50% dari harga dewasa so total 2 dewasa 1 kanak-kanak RM1624 pakej ni all in (makan malam, sarapan dan makan tengahari) makan sahaja tau untuk air korang kena beli dekat kafe Alang’s Rawa contoh jus buah RM15++, kalau air coke sprite ke RM8.50 dan air mineral RM5.50 tapi kalau larat bawa lah sendiri.

Ada banyak aktiviti air

Perjalanan mengambil masa 20-30 minit. Sampai je Pulau Rawa, MasyaAllah Subhanallah memang cantik pasir putih halus macam Maldives. Air jernih bak kristal, sangat-sangat bersih memang terpesona. Banyak aktiviti dekat situ contohnya watersport, kayak, snorkeling. Kalau nak guna deposit RM100 nanti masa pulang barang, diorang return balik duit kita. Ada water slide actually untuk penginap di Rawa Resort Island sahaja tapi kalau nak main boleh tanya pekerja dekat situ boleh tumpang sekaki tak.

Minta izin tapi jangan pula korang pulun sangat macam slide tu korang punya sebab water slide tu tengah-tengah. Korang boleh tanya pekerja dekat resort tu semua ramah-ramah dan baik-baik belaka. Kalau kuat hiking pun boleh dan paling banyak adalah tempat nak bergambar. Korang boleh ambil gambar dekat Rawa Resort Island sebelah juga morning walk sambil posing.

Pakej untuk 3 orang RM1624

Untuk bilik pula, Alang’s Rawa pula tak ada aircond tau tapi kalau yang Rawa Resort tu ada aircond tapi Alang’s Rawa ada kipas angin sejuk ditambah pula angin pantai. Bilik air mandi sedikit masin mungkin supply air laut kot. Bilik kitaorang tak ada televisyen jadi korang betul-betul menikmati keindahan alam. Staff? Alang’s Rawa sangat-sangat ramah dan baik. Bot pickup dekat jetty Mersing 12 tengahari kalau nak balik boleh pilih nak balik pukul 11 pagi atau 3 petang.

Bot memang follow rules masa pergi 10 orang masa balik 6 orang je, macam private bot. Tak ada main sumbat-sumbat je tau. Korang download siap-siap apps qiblat finder ke takut line korang tak laju macam akak maxis laju je. Untuk info lebih lanjut tertakluk terma dan syarat korang boleh email alangsrawa.com. Total pakej 2 dewasa 1 kanak-kanak RM1624 (bot + penginapan 2 hari 1 malam + makan dinner ,breafast dan lunch). Add on air + 1x lunch 3 orang sebab balik pukul 2 RM232.

Sumber: Noor Umiyana

SKIP THIS AD ×