berita

‘Dah Lama Tak Jumpa Anak, Terlalu Rindu’ – Adik Dedah Punca Farid Kamil Tertekan?

January 12th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Pelakon dan pengarah filem terkenal, Farid Kamil ditahan empat hari bermula Jumaat sehingga Isnin depan untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Menurut laporan Harian Metro, Farid Kamil disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Adik pelakon tersebut, Fadzil Zahari tidak menolak faktor tekanan perasaan akibat sudah lama tidak berjumpa anak menyebabkan Farid Kamil mengambil bahan terlarang tersebut.

Dah lama tak jumpa anak

Fadzil Zahari ketika dihubungi Harian Metro memberitahu abangnya tidak pernah terbabit dengan sebarang penyalahgunaan dadah sebelum ini. Dia dan keluarga juga tidak menolak kemungkinan pelakon tersebut mengambil ganja kerana tekanan perasaan akibat sudah lama tidak berjumpa anak.

Ketika bertemu dia (Farid Kamil) beritahu saya bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan dua anaknya. Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sedemikian.

Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar.

Tambahnya lagi, tiga hari sebelum kejadian dia ada berjumpa dengan Farid Kamil. Farid memberitahu dia terlalu merindui dua anaknya iaitu Muhammad, 5, dan Nur Aurora, 3.

Harian Metro juga melaporkan isteri Farid Kamil iaitu Diana Danielle tidak kelihatan di mahkamah terbabit ketika prosiding dijalankan.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×