berita

‘Saya Bersyukur Kepada Allah’ – Farid Kamil Akui Dipenjara Merupakan Pengalaman Yang Sukar Digambarkan

June 21st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Farid Kamil telah menjalani hukuman penjara selama 35 hari sejak 15 Mei yang lalu dan kini telah dibebaskan dengan jaminan RM10,000 beserta passport miliknya diserahkan kepada pihak mahkamah. Keputusan untuk menangguhkan hukuman itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman, tempoh hari.

Bagaimanapun, pelakon Lagenda Budak Setan itu mengakui hukuman penjara selama 35 hari itu adalah satu rahmat Allah dan meluahkan rasa syukur.

Semuanya berjalan dengan lancar

Menurut laporan Metro, Farid Kamil ketika ditemui selepas tamat prosiding di Mahkamah Majistret Petaling Jaya kelihatan senyumannya tidak lekang di wajah dengan perasaan ceria.

Alhamdulillah… semuanya berjalan dengan lancar dan apa yang ditentukan Allah, pastinya akan berlaku. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih dengan doa daripada orang ramai untuk diri saya.

Anak saya comel seperti biasa

Prosiding hari ini melibatkan Farid Kamil atas empat tuduhan termasuk menampar orang awam. Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh prosiding sambung bicara bagi membela diri pada 16 Julai ini dan pelakon lelaki itu perlu memberi keterangan bersumpah di kandang saksi.

Tidak hanya dengan itu, Farid Kamil turut merindui keluarga dan kedua orang anaknya, Muhammad dan Nur Aurora. Farid sempat mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua peminatnya.

Keadaan anak-anak saya comel seperti biasa.

Selepas menjalani hukuman penjara selama 35 hari di Penjara Kajang, pada Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkannya menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan sehingga rayuan terhadap keputusan hukumannya diputuskan.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×