berita

Dah Macam Penjara! Guru Kejam Seksa & Letak Lebih 280 Budak Dalam Bilik Gelap

June 1st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seorang guru bertindak kejam dengan mendera lebih 280 kanak-kanak di sebuah pusat asuhan di Thailand.

Artikel Berkaitan: Bagi Alasan Murid Terlalu Aktif, Ibu Kecewa Guru Pulas Telinga Anak Autisme Hingga Bengkak

Dera, seksa & letakkan dalam bilik gelap

Memetik laporan Thaiger, siasatan terhadap kes tersebut mula dilakukan selepas tularnya satu hantaran mengenai penderaan lebih 280 kanak-kanak itu di media sosial.

Difahamkan, kesemua kanak-kanak itu dihukum suspek, didera serta diletakkan di dalam sebuah bilik gelap yang diibaratkan seperti sebuah penjara bagi mereka.

Menurut Ketua Polis Wilayah Saraburi, Wichit Boonchinwuttikun, suspek yang disoal siasat mengaku bersalah dan menyesal atas perbuatannya selepas sembilan kanak-kanak disoal siasat bagi membantu siasatan berhubung kes ini.

Bukan itu sahaja, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan kenyataan saksi turut dikumpul bagi menyokong dakwaan mereka terhadap suspek yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Kini, kesemua kanak-kanak yang menjadi mangsa dera suspek ditempatkan di sebuah rumah sementara di wilayah Saraburi dengan beberapa pakar ditugaskan untuk menjaga dan memberikan sokong psikologi kepada mereka.

Sumber: Thaiger

SKIP THIS AD ×