Di Pulau Pinang, seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di telinga selepas didakwa didera oleh guru.
Harus faham perangai anak istimewa
Menerusi Facebook Mona Din, dia memberitahu seorang rakan Facebook telah menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp berhubung kejadian melibatkan cucunya. Difahamkan, murid tersebut yang mengikuti kelas pendidikan khas telah dipulas telinga oleh seorang guru yang bukan guru kelas kanak-kanak itu.
Dengarnya pihak hospital telah pun mengesahkan kes ini sebagai kes dera. Pihak keluarga memaklumkan merasa sangat terkilan kerana dikatakan semasa perjumpaan dengan pihak sekolah, pihak sekolah telah menyalahkan murid, sehingga menyebabkan cikgu terpaksa memberi hukuman seperti ini.
Dalam pada itu, Mona berharap perkara itu disiasat oleh polis dan Kementerian Pendidikan dengan telus serta diambil tindakan sewajarnya.
Semoga sentiasa ada rasa simpati, kasih dan keikhlasan oleh semua pihak dalam menangani anak-anak istimewa. Sesungguhnya mereka tidak sempurna (seperti) kita, kerana itu kitalah yang harus memahami mereka. Anak istimewa untuk dididik dan disayangi, bukan disakiti.
Jadi cikgu kena sabar
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berharap kes seperti itu tidak akan berulang lagi. Tambah warganet, sebagai seorang guru mereka perlu mempunyai sifat sabar dalam mendidik anak-anak murid terutama anak-anak istimewa.
Terdahulu perkongsian ibu kanak-kanak tersebut di kumpulan anak autisme di Facebook meraih simpati orang ramai. Tambah mengecewakan alasan diberikan guru demikian yang mendakwa anaknya terlalu aktif pada hari tersebut.
Sumber: Mona Din