
Pempengaruh media sosial, Nigel Sparks, konsisten menunaikan ibadah puasa setiap kali Ramadan dan tahun ini menandakan tahun keempat dia melaksanakannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mekyun & Ibu Bapa Berjaya Puasa Hari Pertama, Netizen Kagum – ‘Diorang Ni Another Level, Salute!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tidak Perlu Saya Lafazkan Doa Kerana Bulan Ramadan, Cukup Ambil Pengalaman Berpuasa’ – Mekyun
Dikelilingi kawan-kawan muslim

Ketika ditemui OhBulan!, Nigel berkata, pengalaman berpuasa baginya bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah dapat mengeratkan lagi hubungan bersama rakan-rakan yang beragama Islam.
Tahun ini sudah masuk tahun keempat saya berpuasa.
Tahun lepas saya dapat berpuasa penuh.
Cuma untuk tahun pertama dan kedua sahaja saya berpuasa secara ‘on off’.
Tahun ini kalau boleh, memang saya nak berpuasa penuh.
Sebab saya sendiri dikelilingi dengan kawan-kawan yang majoritinya beragama Islam.
Jadi, saya rasa biasa untuk saya berpuasa.
Selepas saya cuba untuk berpuasa, saya banyak belajar dan melihat keindahan berpuasa dan juga agama Islam.
Nigel berkata demikian ketika ditemui pada acara Gempak Most Wanted Award 2025 (GMWA) yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pilih makanan halal

Berkongsi lanjut, sebelum ini dia biasa mengamalkan ‘intermittent fasting’, namun berpuasa sepanjang bulan Ramadan dirasakan lebih mencabar.
Sebelum ini saya buat ‘intermittent fasting’.
Tetapi berpuasa di bulan Ramadan ini agak mencabar.
Memang banyak menguji kesabaran tapi saya akan cuba sebaik yang mungkin.
Dalam pada itu, Nigel turut menyesuaikan diri dengan rutin bersahur dan menikmati moreh.
Justeru, ketika berbuka, dia memilih hidangan halal sebagai tanda menghormati rakan-rakannya yang majoritinya beragama Islam.
Saya cuba juga untuk bersahur dan moreh.
Kalau untuk berbuka pun saya akan pilih makanan yang halal sebab saya berbuka bersama kawan-kawan muslim saya.






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

