Pempengaruh media sosial, Mekyun menyorot perhatian ramai apabila berjaya melengkapkan puasa pertama bersama ibu dan bapanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mentaliti Ini Punca Perempuan Hilang Hormat Dekat Lelaki’ – Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam, Dakwa Wanita Hanya Kemas Rumah & Mengangkang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mekyun Pernah Ada Kekasih Melayu, Dedah Suka Lelaki Tinggi & Berhidung Mancung

Tetap puasa

View on Threads

Menurut Mekyun, walaupun semalam merupakan hari ketiga Tahun Baharu Cina, dia tetap berusaha untuk berpuasa pada hari pertama Ramadan seperti umat Islam yang lain.

Dalam perkongsian di Threads, ibu Mekyun mendedahkan bahawa tradisi berpuasa bukanlah perkara asing buat mereka, kerana sudah terbiasa melakukannya bersama rakan dan jiran di kampung sejak dahulu lagi.

Menurut ibunya lagi, kunci kekuatan berpuasa adalah dengan menyibukkan diri agar perhatian tidak terganggu kepada makanan.

Lebih menarik, keluarga tersebut turut berbuka puasa dengan menikmati kurma yang merupakan makanan ‘wajib’ pada bulan Ramadan.

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang rata-ratanya berasa gembira apabila mereka turut menyertai ibadah puasa tersebut.

Komen netizen

Sumber: Threads