Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering terpalit dengan kontroversi penampilannya yang seksi sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman Mengaku Tak Mudah Tegur Anak Berpakaian Seksi, Nak Rotan Dah Cukup Besar
Artikel Berkaitan: Anak Azhar Sulaiman Tepis Dakwaan Guna Kabel Datuk Untuk ‘Intern’, Netizen ‘Backup’ Jawab SPM 7A 1B+ La!
Makin menjadi
Terbaharu, Azhar, 50, mengakui dia sudah ‘jenuh’ menasihati Leona dalam bab pemakaian namun tidak dihiraukan.
Azhar berkongsi intipati perbualannya bersama pelakon Aida Aris di Instagram (IG) miliknya.
Popular betul anak awak ya.
Hari-hari dia buat saya panas bontot. Sudah (nasihat) tapi makin cakap makin menjadi.
Suruh berlakon sedih
Dalam pada itu, pelakon drama Isteri Tuan Ihsan mendedahkan saranan Aida yang memintanya untuk berlakon watak sedih ketika berbicara dengan anak perempuannya.
Namun, kata Azhar, Leona tidak semudah itu akan terpedaya.
Aida kata cubalah ‘slow talk’ dengan dia. Suruh berlakonlah sedih sikit dan cakap sampai hati dia (Leona) buat kat ‘daddy’ macam ini.
Macam mana mahunya nanti dia cakap balik, sekarang kamu tengah berlakon dengan saya? Penat!
Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.
Sumber: Instagram @azharbsulaiman