berita

Dah Ready Untuk Movie SONIC THE HEDGEHOG? Ini 6 Fakta Menarik Tentang Si Landak Biru Ni!

February 3rd, 2020 | by Nurul
Sponsored Post

Sebut je Sonic, dalam kepala admin dah terbayang si hedgehog biru berguling dengan laju sambil berlumba siapa yang dulu tiba ke garisan penamat. Memang nostalgia betul la bila teringat permainan video SONIC THE HEDGEHOG ni.

Haa..macam yang korang tahu, SONIC THE HEDGEHOG keluaran Sega ni bermula dengan permainan video yang dicipta sejak 1991 oleh programmer Yuji Naka. Bukan itu je, sebenarnya ada banyak lagi fakta yang korang mungkin tak tahu tentang Sonic. Jom kami kongsikan!

Lebih 70 juta permainan video terjual ke seluruh dunia!

Sejak pelancaran permainan video SONIC THE HEDGEHOG pada 1991, sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga lebih 70 juta permainan videonya terjual dan lebih 60 juta orang telah bermain permainan ini di seluruh dunia.

Bukan itu je, ia juga telah dinilai sebagai ikon permainan nombor satu sepanjang zaman dan berdaftar dalam Guiness Book Of Word Records sebagai watak permainan video terpantas!

Kasut merah Sonic diinspirasikan dari Santa Claus!

Kalau korang pengikut sejati komik SONIC THE HEDGEHOG, korang mesti kenal Dr. Kintobor. Sebelum bertukar watak menjadi jahat, Dr. Kintobor adalah seorang saintis yang bersahabat baik dengan Sonic dan membantu Sonic meningkatkan kuasanya.

Yang menariknya, Dr. Kintobor lah saintis yang mereka power sneakers merah Sonic tu!

Asalnya, Sonic adalah seekor arnab?

Kredit: thegamer.com

Eh, bukan Sonic ni landak ke? Pada asalnya, Sega telah melakar watak seekor arnab yang boleh bertarung dengan telinganya. Tapi, ia terlalu sukar untuk direka dan bercadang untuk menukar kepada haiwan yang boleh berguling dan menggunakan badannya sebagai senjata.

Jadi, watak Sonic si hedgehog telah dipilih walaupun pada masa tu, ramai orang masih tak tahu tentang kewujudan haiwan ni.

Sonic tak boleh berlari kalau tak cukup tidur!

Kredit: thegamer.com

SONIC THE HEDGEHOG memerlukan tidur selama lapan jam sehari untuk mengekalkan kuasa kelajuannya!

Kalau korang perasan dalam kartun Adventures of Sonic The Hedgehog, pada hujung setiap episode, Sonic akan menasihatkan kanak-kanak bahawa tidur yang cukup adalah baik untuk kesihatan. Kami setuju, Sonic!

Sonic ada teman wanita!

Kredit: DevianArt

Siapa kata seekor hedgehog tak boleh ada teman wanita seorang manusia? Sonic ada teman wanita cantik, berbadan langsing, tinggi dan berambut blonde bernama Madonna!

Hebat, Sonic!

Warna biru mempunyai makna!

Biru bukan sebarang biru. Menurut Yuji Naka, warna kulit Sonic yang berwarna biru sebenarnya melambangkan keamanan, kepercayaan dan karateristik Sonic yang cool!

SONIC THE HEDGEHOG Akan Menemui Korang Februari Nanti!

Berita baik untuk korang peminat SONIC THE HEDGEHOG! Sonic bakal bertarung dengan musuh tradisinya iaitu Dr. Robotnik, lakonan Jim Carrey yang kembali sebagai penjahat yang bertekad untuk menangkap Sonic!

Untuk menyelamatkan dunia dan mengalahkan Dr.Robotnik, Sonic harus menyembunyikan dan belajar mengawal kuasanya untuk mengelak dari ditangkap!

Berjayakah Sonic menewaskan Dr. Robotnik? Kalau nak tahu kesudahannya, jom ramai-ramai ke pawagam berdekatan korang pada 13 Februari ini dan saksikan filem SONIC THE HEDGEHOG!

SKIP THIS AD ×