berita

Dah Tak Berlakon, Zarina Anjoulie Akui Pendapatan Jadi ‘Influencer’ Lebih Lumayan

January 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju tampil menjelaskan kepada orang ramai berikutan dirinya yang dikatakan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon daripada mana-mana produksi.

Artikel Berkaitan: Belum Hantar Representasi Ke Jabatan Peguam Negara, Perbicaraan Kes Dadah Zarina Anjoulie Tahun Depan

Artikel berkaitan : Zarina Anjoulie Mengaku Tidak Bersalah – ‘Saya Lebih Selesa Untuk Bersikap Telus & Kongsi Pada Semua’

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Semua Dah Selesai & Berjalan Dengan Lancar…’ – Zarina Anjoulie

Wartawan asyik tanya soalan yang sama

Ujar pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul pendapatan yang diperolehnya sebagai influencer (pempengaruh) lebih ‘masyuk’ berbanding menerima tawaran berlakon.

Anju dah lama tak berlakon dah tak ada job ke tak ada offer sebab kontroversi.

Sentiasa je offer berlakon tu ada tapi kalau kerja saya sekarang sebagai influencer jauh lebih berganda gaji dan boleh santai kenapa saya perlu pergi shooting yang bayar kurang dan kerja penat macam anj***.

Mengulas lebih lanjut, Anju menceritakan gaji shooting selama seminggu dapat diperoleh dalam tempoh dua hari jika dia melakukan review di rumah dan tanpa perlu susah payah ke set penggambaran sehingga perlu meninggalkan anak.

Umur aku dah 35 tahun confirm aku kejar duit dulu glamour kemudian. Do i miss acting? yes tapi tak sanggup lagi nak pergi shooting macam zaman dahulu.

Offer banyak tapi tak kena harga or luar kawasan macam mana. Tahu la industri Malaysia sedih bila offer payment tu ada juga yang tak dapat payment langsung.

So buat apa la nak buat kerja susah bila ada kerja lagi senang dan lagi best sebagai influencer.

Posting penuh:

Sumber: Zarina Anjoulie

SKIP THIS AD ×