berita

Dah Teruk Kena Cakar Pun Tetap Nak Bela Kucing Lagi…

January 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang ibu dikenali sebagai Achik Lieya, menceritakan satu detik cemas apabila anak lelakinya cedera akibat cakaran kucing. Tidak berakhir di situ, beberapa keping foto keadaan anaknya turut dikongsikan di laman Facebook.

Kali ni kena cakar bukan biasa-biasa ya, memang another level punya cakaran Oyen!

Kena cakar kucing

Foto: Achik Lieya

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsi menunjukkan keadaan muka anaknya yang dilihat ‘teruk’ akibat cakaran tersebut.

Ya Allah anak bertuah ibu oi… Nak pengsan ibu tadi tengok Adam.. Nasib la tak kena mata.. Lain kali beringat.. Jangan duk p peluk cium dah kucing liar.. Ni pantang lepa tengok kucing, nak p peluk nak p cium.

Jelas wanita tersebut dia terkejut apabila melihat keadaan wajah anaknya selepas insiden tersebut berlaku. Difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan anaknya memeluk dan mencium seekor kucing liar. Anaknya juga, turut mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Tak serik-serik

Foto: Achik Lieya

Alhamdulillah makin sihat.. tak serik pun.. Ibu ingatkan Adam dah fobia tengok kucing. Ingat na adam, kucing liar tak sama dengan kucing yang kita jaga dari kecil.. Kucing yang kita bela pun kadang-kadang mood tak ok. Anak bertuah sungguh.. walaupon muka dah teruk kena cakar dek kucing.. Adam tetap nak sayang kucing juga.. walaupon sakit tetap punya kasih dan sayang pada kucing

Pada masa yang sama, wanita tersebut memanjatkan rasa syukur berikutan keadaan anaknya yang semakin sembuh. Namun, kanak-kanak tersebut masih tidak serik dan fobia walaupun mempunyai pengalaman ‘hitam’ bersama kucing.

Tidak berakhir di situ, kanak-kanak itu sempat berpesan kepada ayahnya untuk tidak memukul kucing tersebut. Sayang sungguh na kat kucing!

Bagi makan dulu

Foto: Achik Lieya

Sempat lagi sebelum p klinik nak cuci luka. Bertuah sungguh la.

Terbaru, menerusi gambar dikongsi oleh wanita tersebut, menunjukkan anaknya memberi makanan kepada dua ekor kucing sebelum pergi ke klinik bagi urusan mencuci luka.

Jelas wanita itu lagi, luka-luka anaknya semakin pulih dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan buat anaknya.

Sumber: Achik Lieya

SKIP THIS AD ×