

Sebelum ini, pihak polis sudah menerima sembilan laporan berhubung kes dakwaan mencabul dan merogol melibatkan seorang pendakwah selebriti. Dilaporkan, pendakwah tersebut masih berada dalam tahanan reman oleh pihak polis sehingga Jumaat ini.
Artikel Berkaitan: Pendakwah Selebriti Guna Taktik Nak Balik Rumah Tukar Baju Sebelum Cabul, Dedah Mangsa
Menerusi laporan Harian Metro, pendakwah selebriti itu didakwa hari ini, di mahkamah.
Mengaku tidak bersalah

Pendakwah selebriti yang dikenali sebagai Syed Shah Iqmal, atau lebih mesra dikenali sebagai Dai’Syed, 25, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan seks luar tabii. Namun, ketika perbicaraan dibuat, tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta supaya dibicara sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.
Perbuatan tersebut didakwa berlaku pada 17 Oktober yang lalu, di sebuah rumah di Damansara Perdana, pada jam 3 hingga 4 pagi terhadap seorang wanita berusia 22 tahun.
Jika sabit keselahan, tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. Kini, Syed sedang didakwa di mahkamah yang sama, atas satu lagi pertuduhan.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1336869413719400448?s=20
9 laporan polis

Terdahulu, pendakwah selebriti ini dilaporkan telah merogol dan mencabul beberapa kenalannya di media sosial. Pada mulanya, ‘dakwaan’ akan salah laku pendakwah selebriti ini disebarkan di Twitter sebelum mangsa-mangsa yang lain tampil membuat laporan polis.
Tidak berakhir di situ, mangsa sebelum ini pernah menceritakan ‘taktik-taktik’ yang digunakan bagi mengaburi mangsa-mangsanya.
Sumber: Harian Metro & Mohd Redzuan Abdul Manap





![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)


