berita

Pendakwah Selebriti Guna Taktik Nak Balik Rumah Tukar Baju Sebelum Cabul, Dedah Mangsa

December 9th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Semalam media melaporkan, pendakwah selebriti yang didakwa merogol dan mencabul beberapa orang kenalan wanitanya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, untuk permohonan reman oleh pihak polis. Susulan daripada itu, pendakwah tersebut direman selama lima hari sehingga Jumaat ini. Sebelum ini, pihak polis pernah mendedahkan ‘modus operandi’ yang digunakan oleh pendakwah selebriti itu kepada mangsanya.

Artikel Berkaitan: Cara Cakap Jadi Tarikan Mangsa’ – Polis Terima Lima Lagi Laporan Berkaitan Penceramah Muda

Terbaru, menerusi laporan Utusan mendedahkan taktik lain yang digunakan oleh pendakwah selebriti itu sebelum memerangkap mangsa-mangsanya.

Taktik tukar baju

Difahamkan, pendakwah selebriti itu menggunakan taktik mahu menukar baju sebelum mempelawa mangsa untuk masuk ke rumahnya. Menurut salah satu sumber, maklumat tersebut diperoleh hasil soal siasat terhadap mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes seksual itu.

Berdasarkan siasatan semua kes cabul dan rogol mmbabitkan mangsa-mangsa berlaku di rumah pendakwah. Mangsa-mangsa akan mengikut pendakwah berkenaan ke rumahnya selepas pendakwah itu memberi alasan mahu tukar baju. Bila berada di dalam rumah, ketika itu pendakwah berkenaan didakwa mengambil kesempatan mencabul dan rogol mangsa.

Tiada unsur jampi digunakan

Jelas sumber itu lagi, rata-rata mangsa ‘tergoda’ dengan wajah dan kefasihan bertutur dalam bahasa Arab. Tambahan pula, sumber turut menceritakan pendakwah selebriti itu tidak menggunakan sebarang jampi atau ilmu sesat untuk memperdaya mangsa.

Kebolehan itu kerana dia pernah menetap di Mesir dengan bapanya. Kelebihan berbahasa Arab membuatkan ramai tertarik dengannya selain popular sebagai da’i.

Difahamkan, pendakwah tersebut turut menggunakan popularitinya sebagai salah satu daya penarik kepada mangsa. Sehingga kini, sembilan laporan polis diterima berhubung kes dakwaan merogol melibatkan pendakwah tersebut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (merogol), Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii) dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).

Sumber: Utusan

SKIP THIS AD ×