Pendakwah selebriti, Da’i Syed, dibebaskan sementara selepas menjalani hukuman penjara selama 21 hari di Penjara Kajang.

Artikel Berkaitan: Jurusolek Bongkar Mesej Dengan Da’i Syed, Dakwa Pernah Disuruh ‘Check In’ – ‘Masa Tu Dia Dengan Isteri Bercuti Di Pulau Pinang’

Artikel Berkaitan: Da’i Syed Menangis, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

Dibebaskan sementara

@mstarmalaysia

Peguam jawab persoalan netizen tentang kenapa Da’i Syed keluar masuk penjara #sembangentertainment #mstar #daisyed #beritatiktok

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan diputuskan sepenuhnya.

Peguam yang mewakili Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful iaitu Datuk Abu Bakar Isa Rahmat, menjelaskan kronologi dan sebab berlakunya kekeliruan dalam kalangan netizen mengenai status keluar masuk anak guamnya ke penjara sebelum ini.

Kita kena tahu bahawa selepas keputusan yang terakhir baru biasanya kita akan hantar ke penjara.

Kenapa ada kekeliruan (confusion)? Ini kerana Mahkamah Sesyen lepaskan, kemudian rayuan turun balik dan dia dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen (masuk dalam penjara 21 hari).

Di Mahkamah Tinggi kita dapat stay (penggantungan), dia keluar balik. Mahkamah Tinggi buat keputusan mengekalkan keputusan mahkamah rayuan tapi tidak membenarkan stay, dia masuk balik. Sekarang, dia keluar balik hari ini.

Ujarnya lagi, selepas hukuman dijatuhkan, Da’i Syed telah menjalani hukuman selama 21 hari sebelum pihak pembelaan berjaya mendapatkan perintah penggantungan daripada Mahkamah Tinggi.

Walaupun menyedari kes ini mendapat perhatian meluas, Datuk Abu Bakar menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan fakta kes secara terperinci buat masa ini.

Ramai sangat yang bercakap, netizen dan ada juga lawyer yang beri komen. Mereka tidak tahu merit dan fakta sebenar kes ini.

Jadi, kita tidak mahu bercakap fakta secara detail, biarlah Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan.

Pada 23 Januari lalu, Da’i Syed diperintahkan untuk dihantar ke Penjara Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara 10 tahun termasuk tiga sebatan bersabit tuduhan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 30 Ogos 2024, dan menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan.

Pada 10 Disember 2020, Da’i Syed didakwa merogol wanita berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 pada 11 September 2019.

Sumber: Mstar