Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha meminta warganet untuk melaporkan sebuah akaun media sosial palsu yang didakwa telah menyamar sebagai dirinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Tak Baca Komen Netizen, Pilih Jadi Diri Sendiri – ‘Apa Saya Buat Tetap Dipersoalkan’

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Tak Melatah Dilabel Terlalu Seksi, Terima Setiap Teguran Yang Diberikan – ‘Saya Akan Cuba Terbaik’

Dakwaan berat

Menerusi perkongsian di Threads, Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, kesal dengan hantaran akaun terbabit yang mendakwa dirinya sudah bertukar agama.

Dalam masa yang sama, Daiyan memaklumkan bahawa akaun palsu terbabit pernah beberapa kali digantung tetapi ia muncul kembali di platform tersebut.

Boleh tak semua orang tolong laporkan akaun ini. Ia jelas palsu dan saya sudah sangat penat! 

Akaun ini sudah digantung banyak kali tetapi masih muncul semula. Saya tak faham apa motifnya dan mengapa.

Hentikanlah perkara mengarut ini.

Menjengah ke ruangan komen, rakan seindustri serta warganet turut menyelar tindakan individu di sebalik akaun palsu berkenaan yang disifatkan telah melampaui batas.

Selain itu, mereka turut menyokong permintaan Daiyan dengan membuat laporan terhadap akaun palsu tersebut.

Sumber: Threads Daiyan Trisha