Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha, tampil memberi penjelasan selepas namanya dikaitkan kononnya sudah bergelar isteri keempat kepada seorang kenamaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Tak Baca Komen Netizen, Pilih Jadi Diri Sendiri – ‘Apa Saya Buat Tetap Dipersoalkan’

Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Tak Melatah Dilabel Terlalu Seksi, Terima Setiap Teguran Yang Diberikan – ‘Saya Akan Cuba Terbaik’

‘Saya hanya mampu gelak’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Daiyan atau nama sebenarnya Trisha Mohd Nasaruddin, 32, menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia masih belum mendirikan rumah tangga.

Pelantun lagu Penat itu mengakui hanya mampu tertawa apabila namanya dikaitkan dengan khabar angin sedemikian.

Wartawan tanya adakah saya tahu fasal nama saya kena petik jadi isteri keempat seorang Datuk yang dirahsiakan.

Saya hanya mampu gelak. Ada ‘sugar daddy’, isteri keempat, dibela orang.

Pemenang anugerah Ultimate Award Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 ini juga mengakui sudah lali dan tidak terganggu dengan gosip atau fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Apa sahaja cara dilakukan untuk menidakkan segala kerja keras dan usaha yang saya lakukan sendiri selama ini.

Saya sudah tidak kisah lagi tentang semua itu. Apa-apa sahajalah.

Terdahulu, kecoh khabar angin seorang aktres popular didakwa sudah bergelar isteri keempat kepada seorang bangsawan. 

Malah, pasangan itu juga didakwa sudah lama menjalin hubungan cinta sebelum mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram Daiyan Trisha