Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha memuat naik satu kenyataan di Instagram Storynya yang berkait rapat dengan isu sentimen perkauman yang dibangkitkan oleh segelintir pihak baru-baru ini.
Menerusi perkongsian itu, Daiyan meluahkan rasa risau apabila ramai masyarakat menyebarkan maklumat berbaur perkauman.
Artikel Berkaitan: Ramai Puji Fasih Cakap Korea, Daiyan Trisha ‘Intai’ Peluang Berlakon Di Sana?
Artikel Berkaitan: Bukan Pergi Berdua Konsert Coldplay, Daiyan Trisha & Aedy Ashraf Hanya Kawan Baik
Jangan percaya bulat-bulat
Tidak mahu isu ini terus dimainkan, Daiyan memohon para pengguna media sosial menggunakan fikiran yang waras untuk mengenal pasti segala maklumat yang disebarkan di platform itu.
Internet ada, buku ada. Baca dan cari fakta. Ataupun tanya orang-orang yang lebih tahu tentang isu yang sedang diperhebohkan ini. Jangan jadi manusia yang sangat senang termakan dan percaya dengan apa-apa sahaja yang disuap media.
Kita lebih baik dari itu.
Daiyan, 30, menyatakan kerisauannya tentang keselamatan semua masyarakat jika isu perkauman ini tidak dihentikan.
Buka mata dan minda anda. Kita harus pandang ke depan supaya apa-apa masalah dapat diatasi dan bukan diulangi.
Saya risau dan takut untuk keselamatan dan kesejahteraan kita semua.
Pelakon drama Projek: Anchor SPM itu juga memohon untuk pengikutnya berkongsi kepada orang sekeliling tentang pentingnya empati, berakal panjang dan bersikap rasional. Susulan daripada itu, Daiyan hanya mengharapkan yang terbaik untuk semua.
Sumber: Instagram @Daiyantrisha