Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisya berasa sedih apabila penat lelah dirinya mencari rezeki tidak dihargai oleh segelintir pihak ‘bermulut laser.’
Artikel Berkaitan: Beli Rumah ‘Landed’ Dua Tingkat, Dalyan Trisha Jadi Inspirasi Anak Muda
Rasa terkilan
Ketika ditemui OhBulan!, Daiyan mendedahkan ada individu yang mendakwa kemewahan yang diperolehnya disebabkan ditaja oleh ‘sugar daddy.’
Menepis sekeras-kerasnya, Daiyan, 29, berkata segala pencapaian yang dikecapinya itu merupakan hasil kerja sendiri.
Mungkin mereka rasa saya punya pencapaian tak cukup untuk apa yang saya ada sekarang kot… saya tak tahu la mungkin mereka tak follow, tapi peminat tak pernah persoalkan.
Sebab peminat tahu saya ini macam mana. Bila orang cakap saya ada ‘sugar daddy’ tu, saya terasa sikit. Saya terkilan la sebab saya dah kerja keras kan.
Penat kerja, kau (netizen) cakap aku ada sugar daddy macam itu ja.
Daiyan ditemui ketika sidang media dan tayangan episod pertama drama siri Astro Originals, Projek : High Council yang diadakan di DADI Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Selain Daiyan, Projek : High Council turut membariskan pelakon hebat dan baharu antaranya Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim, Sazzy Falak, Ben Tan, Aida Aris, Azhar Sulaiman, Edika Yusof, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin dan Hazeeq Dean.
Lelaki tak ada pun sebut ‘sugar mommy’
Dalam pada itu, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin mengakui tuduhan itu telah mengguris hatinya yang penat bekerja tanpa mengira siang atau malam.
Selain itu, secara tidak langsung tanggapan tersebut sebenarnya telah memandang rendah terhadap kebolehan golongan wanita.
Ia satu tuduhan yang berat dan melukakan hati. Ia juga menunjukkan bahawa seorang perempuan kalau berjaya itu mesti ada benda lain.
Bukan sebab usaha dia, atau bakat dia, atau cara dia membawa diri. Kenapa mesti macam tu? Kenapa bila lelaki berjaya, kita tak ada pun cakap dia ada ‘sugar mommy’.
Saya terasa sikit la bila orang cakap macam itu tapi saya ok saja dan faham sebab kadang-kadang mereka pun ada persoalan antara satu sama lain.
Sebelum ini, Daiyan berkongsi berita gembira apabila mampu membeli sebuah kediaman mewah landed (bertanah) yang merupakan rumah kedua.
Pada 2019, Daiyan membeli rumah pertamanya iaitu jenis kondominium yang terletak di ibu kota dengan hasil mengumpul wang selama dua tahun.