Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisya meluahkan rasa syukur selepas dilimpahkan rezeki untuk menunaikan umrah kali kedua pada bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Menangis Terharu Dapat Rasai Suasana Hujan Di Tanah Suci
Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Sedih Netizen Tuduh Ditaja ‘Sugar Daddy’ – ‘Saya Dah Kerja Keras’
Momen manis di Makkah
Menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), Daiyan Trisha atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkongsi hasratnya untuk bernikah di Tanah Suci Makkah walaupun dia belum mempunyai kekasih hati.
Cinta hati saya. Kalau ada rezeki nanti, nak nikah di sini. Ya Allah Amin, permudahkanlah.
Masalahnya calon pun tak ada lagi dah fikir nak nikah mana.
Dalam hantaran yang sama, pelakon drama bersiri Projek: High Council itu juga memuat naik beberapa keping gambar dan video momen sepanjang menunaikan umrah.
Antaranya adalah nombor bilik hotel yang sama dengan nombor bertuahnya iaitu 222.
Ini nombor bilik saya. Sebenarnya pada asalnya ini bukan bilik yang saya dapat. Saya dan ibu tak dapat akses bilik pertama kemudian kami tukar kad bilik dua kali dan bila dapat sahaja bilik baharu, ibu berkata ini nombor kelahiran saya!
Terdahulu, pelakon dan penyanyi berusia 30 tahun ini mengalirkan air mata ketika berkongsi kegembiraanya semasa menyaksikan rintikan hujan di bumi Makkah.
Sumber: Instagram