berita

Dakwa Dianiaya Sistem Baru, Syed Saddiq Ajak Semua Rider Foodpanda Datang Rumah ‘Berbincang’

October 1st, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Viral di media sosial menyaksikan beberapa foto dan video pekerja syarikat penghantaran makanan dalam talian, Foodpanda di luar Lembah Klang mogok berikutan skim pembayaran baru yang didakwa mengurangkan pendapatan mereka. Difahamkan rider Foodpanda telah mogok bermula di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq telah memberi respon terhadap suara rider Foodpanda ini dan cuba untuk mencari solusi bagi isu pembayaran pendapatan tersebut.

Hapuskan bayaran setiap jam

Sebelum ini, penghantar Foodpanda dikatakan menerima bayaran RM4 sejam, dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan, manakala bayaran pesanan adalah di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penunggang. Selain itu, penghantar makanan juga diberi insentif dengan bonus RM100 selepas menyelesaikan 60 jam bekerja seminggu.

Menerusi skim pembayaran baru itu, Foodpanda didakwam menghapuskan bayaran setiap jam dengan meningkatkan bayaran setiap pesanan antara RM4.50 hingga RM7. Bagaimanapun, masalah ini turut didengari YB Syed Saddiq dan akan usahakan solusi bagi perkara tersebut.

Simpati dengan nasib pekerja Foodpanda

Dalam video yang dimuatnaik Menteri Belia dan Sukan itu menyeru agar semua rider Foodpanda untuk menghadirkan diri ke kediamannya bagi sesi mendengar luahan pekerja syarikat itu. Inisiatif sedemikian juga akan membantu nasib semua pekerja syarikat Foodpanda mendapat keadilan mengikut sistem dan undang-undang Gig Economy. Tambahnya lagi, suara dan keluhan ini akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri akan datang.

Skema pembayaran gaji terbaru

Salah seorang driver Foodpanda ini turut berkongsi skema pembayaran gaji terbaru buat semua pekerja syarikat itu kecuali di sekitar Kuala Lumpur mengalami berubahan.

Dialog bersama Foodpanda rider

YB Syed Saddiq mengundang semua rider Foodpanda ke rumahnya pada malam ini dan dialog ini juga akan ada Facebook Live di laman Facebook miliknya bermula 9.30 malam hingga 11.00 malam.

Sumber: Syed Saddiq, akhdgaf

SKIP THIS AD ×