berita

Dakwa Guru Lelaki Buat Lawak Rogol Dalam Kelas, Pelajar & Bapa Disaman

December 1st, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Sekadar gambar hiasan

Sebelum ini viral di media sosial mengenai isu seorang pelajar sekolah menengah bernama Ain Husniza yang mendakwa bekas gurunya pernah membuat ‘lawak rogol’ ketika sesi pembelajaran.

Artikel Berkaitan: Dakwa Guru Lelaki Buat Lawak ‘Rogol’ Dalam Kelas, Pelajar Terima Notis Tuntutan Fitnah RM1 Juta

Artikel Berkaitan: Bapa Ain Husniza Ingin Saman Balas RM5 Juta Terhadap Guru Lelaki Didakwa Buat Lawak Lucah

Artikel Berkaitan: Pernah Viral Dakwa Guru Buat Lawak Lucah, Ain Husniza Gembira Dah Pindah Sekolah Baru

Terbaru, guru terbabit yang dikenali dengan nama Khairul Nizam Sanuddin telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas anak murid dan bapanya, Saiful Nizam Ab. Wahab.

Ain dan bapa terima writ saman

Foto: Malay Mail

Saman tersebut telah pun difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema Dan Yung pada 26 November lalu. Saiful Nizam menerusi satu perkongsian di Twitter mengesahkan telah menerima writ saman tersebut.

Memetik laporan Kosmo, tuntutan saman menetapkan tarikh 2 Disember ini untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nur Syuhada Abdullah. Plaintif, Khairul Nizam menafikan ada membuat lawak lucah atau lawak berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berlangsung. Malah tiada galakan kepada perlakuan rogol sebaliknya ianya adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran untuk pemahaman dan pengajaran.

Minta permohonan maaf

Foto: The Star

Oleh hal demikian, plaintif memohon satu perintah dari mahkamah bagi mengarahkan kedua-dua defendan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah mengenai dirinya.

Khairul Nizam turut menuntut agar Ain Husniza dan bapanya menerbitkan permohonan maaf di semua laman sosial milik mereka dan pihak ketiga yang dikenalpasti serta di akhbar pilihan plaintif.

Selain itu, plaintif turut membuat permohonan ganti rugi am termasuk kesan kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditafsirkan oleh mahkamah. Segala kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah juga turut dimohon oleh plaintif.

Perkongsian Saiful Nizam

Sumber: Saiful Nizam, Kosmo

SKIP THIS AD ×