Baru-baru ini, nama bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu Fuad Rahman menjadi perhatian netizen selepas mengaku sedang hangat bercinta dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Punca Orang Ketiga’ – Fuad Rahman & Isteri Sudah Bercerai Sebelum Bertanding Di GV9
Artikel Berkaitan: Kembali Bertaut Selepas 17 Tahun, Utuh Betul Cinta Fuad Rahman & Tom
Lebih mengejutkan ada yang menuduh Tom sebagai perampas yang merobohkan rumah tangga Fuad Rahman dan isterinya, Siti Zulaiha.
‘Talak berapa Fuad?
Foto: Fuad Rahman bersama teman wanita, Tom
Susulan daripada itu, penyanyi berusia 43 tahun menyangkal dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa dia dan Siti Zulaiha sudah berpisah sebelum dia bertanding di minggu pertama Gegar Vaganza lagi. Malah keputusan berkenaan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Namun baru-baru ini, menerusi satu hantaran di Forum CARI, ada individu mendakwa pasangan tersebut masih suami isteri yang sah kerana tiada nombor pendaftaran cerai di Mahkamah Syariah Singapura.
Hi penyondol, Fuad Rahman dan pasangan masih suami isteri yang sah, tapi kalau masih nak gatal dengan laki orang dan tak sabar tunggu sijil cerai keluar, ambillah suami kitar semula itu.
Malah individu ini turut meminta Fuad tampil menunjukkan nombor pendaftaran kes dan notis kedatangan sebagai bukti bahawa kes perceraiannya masih dalam proses.
Cuma nak beritahu jika betul da lafaz .Talak berapa Fuad? Tiada lafaz apa-apa pun, tiada tarikh iddah pun. Kedua-dua (Fuad dan isteri) belum jejakkan kaki ke pintu mahkamah. Jangan kata pintu, tangga mahkamah pun tak jejak lagi.
Jika betul dalam proses, ada nombor pendaftaran kes, suruh Fuad tunjuk surat. Surat mahkamah notis kedatangan pun tak ada!
Hantaran di Forum CARI
Sumber: Forum CARI