berita

Dakwaan Syamsul Lafaz Talak Dua Kali Kepada Puteri Sarah, Peguam Lakukan Siasatan

May 4th, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Disangkakan kemelut rumah tangga pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah bakal berakhir dengan perceraian namun hari demi hari kes mereka kian rumit dengan dakwaan baharu iaitu Puteri Sarah pernah diceraikan Syamsul.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Didakwa Pernah Diceraikan Sebanyak 2 Kali Pada 2020?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Allah Enggan Memandang Wajah Isteri Yang Tidak Perlukan Suami’ – Syamsul Yusof Kongsi Video Ceramah Ustazah Asma

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Menangis Minta Diceraikan Syamsul – ‘Kalau You Nak Semua Harta You, Ambillah. I Tak Nak’

Belum mendapat kesahihan

Memetik laporan Berita Harian, peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah popular, Syamsul Yusof memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berkenaan dakwaan lafaz talak sebanyak dua kali oleh anak guamnya terhadap isteri pertamanya.

Menurut Azmi, mereka belum memperoleh kesahihan berhubung dakwaan berkenaan dan belum lagi berbincang bersama Syamsul.

Kami akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

Saya belum lagi berbincang dengan Syamsul mengenai perkara ini dan akan mendapatkan kepastian daripada Syamsul.

Susulan itu, Azmi enggan mengulas lanjut tentang isu tersebut.

Dalam pada itu, Azmi memaklumkan bahawa kes sebutan semula nusyuz yang difailkan pengarah berusia 39 tahun itu akan berjalan pada 8 Mei, manakala kes perceraian pula pada 25 Mei ini.

Pada 8 Mei itu adalah untuk Puteri Sarah memasukkan pembelaan dan tengok akan ada penyelesaian atau tidak.

Kemudiannya, untuk kes perceraian akan disebut semula pada 25 Mei, jam 3 petang.

Terdahulu, memetik laporan daripada Harian Metro, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, didakwa pernah diceraikan sebanyak dua kali oleh Syamsul Yusof.

Menurut sumber, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, namun difahamkan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak hadir ke mahkamah.

Untuk rekod, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan berikutan pada 18 April lalu Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap Ira Kazar, manakala pengarah tersebut juga meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.

Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi. Susulan itu, Puteri Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar di Thailand, awal tahun ini.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×