berita

Danny Akui Diri Diperdaya, Bakal Isteri Pangkat Doktor Rupanya Sudah Bersuami – ‘Saya Rasa Dianiaya’

January 17th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Meskipun perkahwinannya yang sebelum ini hanya bertahan selama dua minggu, itu tidak menghalang bekas mak nyah yang juga merupakan usahawan, Danny merancang untuk berkahwin buat kali yang kedua bersama kekasihnya berpangkat doktor.

Namun begitu, alangkah kecewanya Danny apabila mendapat tahu kekasihnya yang juga merupakan pemilik sebuah klinik di Klang, Selangor itu sudah pun berkahwin dan bersuami. Alamak berat kes ini.

Artikel Berkaitan:Jodoh Bekas Pengkid & Mak Nyah Hanya Bertahan Dua Minggu

Tak tahu kekasih isteri orang

@dannyrichsaloon TERANIAYA #danny #dannyrichsaloon ? bunyi asal – Danny Rich Saloon

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Danny menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui mengenai status kekasihnya itu selama dua bulan perkenalan mereka.

Yang saya tahu dia bukanlah isteri orang dan hanya mempunyai seorang anak angkat begitu juga dengan saya.

Itu adalah satu kebahagiaan berkeluarga yang sangat saya idamkan jadi saya pun melamar dia untuk menjadi isteri saya. Dia juga sudah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada hidup saya.

Bahkan kami sudah beli barang keperluan untuk bernikah dan sebagainya.

Namun begitu, Danny mendakwa dia telah menerima hantaran mesej daripada seseorang mengatakan bakal isterinya itu sudah pun berkahwin dan masih berstatus isteri orang.

Usahawan tersebut kemudiannya memeriksa latar belakang doktor berkenaan melalui kakak kandungnya yang tampil menafikan dakwaan tersebut.

Satu hari, saya ada menerima mesej daripada seseorang mengatakan kekasih saya sudah pun berkahwin. Dari situ saya mula syak wasangka dan memintanya untuk memberikan nombor telefon kakaknya.

Saya dapat nombor kakak kandung dia saya bertanya mengenai perkara tersebut. Menurut mereka gambar yang ditunjukkan kepada saya itu adalah gambar majlis perkahwinan adik kepada kekasih saya.

Dia juga menasihatkan saya untuk tidak mendengar kata orang mengenai hubungan kami.

Dakwa Danny lagi, dia kemudiannya didatangi oleh seorang lelaki yang menjelaskan bahawa dirinya merupakan suami kepada kekasihnya itu.

Kami mula bertengkar dan akhirnya saya berjaya mendapatkan bukti yang sahih dan menunjukkan lelaki tersebut adalah suami yang sah kepada kekasih saya.

Saya kemudiannya bertanya kepada kakak kekasih saya dan sehingga sekarang saya tak mendapat jawapan mengapa dia sanggup menipu dengan mengatakan kekasih saya masih bujang dan belum berkahwin.

Di akhir video tersebut, Danny memaklumkan dirinya sudah pun membuat permohonan maaf kepada suami kekasihnya itu atas keterlanjuran yang berlaku.

Dia juga nekad untuk membatalkan perkahwinan bersama kekasihnya itu selepas mengetahui perkara yang sebenar.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×