Selama enam tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Siti Elizad dan suami belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Difahamkan, sebelum ini Siti Elizad pernah menjalani pelbagai rawatan termasuk IVF untuk mendapatkan zuriat tetapi masih belum ada rezeki.
Artikel berkaitan: ‘Allah Bagi Rasa Nikmat Jadi Ibu..’ – Elizad Gugur Selepas Seminggu Disahkan Hamil
Artikel berkaitan: 5 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan, Akhirnya Elizad Nekad Jalani IVF Selepas Kehilangan Sebelah Ovari
Terbaharu, di posting Instagram Siti Elizad, dia berang apabila menerima komen netizen yang didakwa menuduhnya mandul dan tidak menutup aurat menyebabkan dia tidak dikurniakan rezeki.
Sedih teramat-amat sangat
Difahamkan, individu tersebut telah meninggalkan komen ‘mandul’ pada posting sebuah artikel mengenai Siti Elizad yang memohon doa orang ramai untuk dikurniakannya zuriat. Pelakon itu terkilan dan sedih apabila dilemparkan kritikan dengan ayat ‘mandul’ dan tidak bersolat menyebabkan dia tidak mendapat zuriat.
Dimulakan dengan salam dan Bismillahirrahmannirrahim. Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen “bodoh” macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke tak? Boleh beranak ke tak? Menggigil, terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat-amat sangat! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ada zuriat?!
I’m crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah kerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload ke?! Lain orang lain caranya.
Aku struggle macam nak mati
Tambah Elizad, sepanjang usia perkahwinannya itu dia telah kerap kali berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan rawatan IVF, namun, sehingga sekarang dia reda jika belum dikurniakan zuriat. Susulan itu, Elizad telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil dan akan membawa isu ini ke muka pengadilan.
I’m happy with my life. Dapat anak ke tak ke, itu kerja Allah. Cuma, no one can say that “ MANDUL” word to me! Kau tahu tak? Aku struggle macam nak mati nak dapatkan zuriat sendiri! Hari-hari dalam solat menangis-menangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT! Menangis kecewa sebab tak ada peneman umur dah macam ni.
Aku ni bertahun, berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, SAKIT TAHU TAK?! SAKIT! Orang yang tahu dan nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak dapatkan ANAK!
Pelakon ini meluahkan rasa sedih apabila menerima komen sedemikian yang dilemparkan kepada dirinya. Tetapi pada masa yang sama dia juga berterima kasih kepada rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan serta tidak putus memberi kata-kata semangat buat dirinya.
Jarang aku ambil port dan tak maafkan orang. But not this time! Luluh hati ni, sedih sangat-sangat! Tuhan je tahu. I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil. Thank you so much Koperal Farhana dan semua anggota polis yang membantu juga Inspektor William Balai Polis Sungai Besi.
Buat Brother yang backing saya dalam video tanpa saya kenali anda, terima kasih banyak-banyak. Juga mereka yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat buat saya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kata-kata kebaikan anda. Selebihnya, tunggu esok untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Siti Elizad