Semua sedia maklum, awal tahun ini, pelakon popular Siti Elizad mengambil keputusan untuk menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata. Elizad akui sering berasa tertekan dan pilu kerana belum mampu memberikan zuriat buat suaminya.
Terbaru, sekali lagi pelakon itu diduga apabila kehilangan anak dalam kandungan selepas seminggu disahkan hamil oleh doktor. Perkongsian tersebut membuatkan orang ramai sedih dan mendoakan agar pelakon itu turut kuat dan tidak putus asa.
Kandungan tak kuat
Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas. Tapi DIA ambil balik. Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up.
I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my ivf journey.
Menerusi posting terbaru Elizad di Instagram miliknya, dia meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila keguguran selepas dia alami pendarahan. Menurutnya, kandungan berusia seminggu ini masih tidak kuat menyebabkan berlaku tumpah darah. Walaupun sedih, namun dia tidak patah semangat untuk terus mencuba mendapatkan rawatan IVF.
Terima kasih mendoakan saya
Meskipun perkara itu berat untuk diterima selepas 5 tahun penantian, Elizad menyatakan bahawa dia tidak akan putus asa untuk terus mencuba. Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberi kata semangat serta mendoakannya.
Dia turut memaklumkan akan terus berkongsi perjalanan dia dan suaminya dalam mendapatkan zuriat pertama mereka. Sama sama kita doakan mereka dan diharap agar Elizah terus sabar menghadapi ujian ini.
Sumber : Elizad