berita

Dapat Banyak DM Kongsi Kesusahan, PU Riz Nak Bagi RM700 Dekat Pelajar SPM B40 & OKU

June 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pada tahun lalu, pendakwah bebas dan selebriti, PU Riz menawarkan ganjaran berjumlah RM300 kepada pelajar yang memperoleh keputusan 5A dan ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Artikel Berkaitan: Lepas Neelofa Sumbangkan Katil Di Hospital, PU Riz Pula Nak Beri RM300 Kepada Pelajar SPM 5A & Ke Atas

Terima banyak DM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Tahun ini, PU Riz berkongsi rezeki sekali lagi dengan menggandakan jumlah itu menjadi RM700 kepada pelajar daripada golongan kurang berkemampuan atau B40 dan orang kelainan upaya (OKU).

PU Riz, 27, berkata dia mendapat banyak mesej peribadi (DM) di Instagram daripada pelajar lepasan SPM yang diumumkan kelmarin berkenaan kesusahan dialami.

Diakui banyak kesusahan dialami sepanjang pandemik berlaku ekoran penularan Covid-19 dalam negara. Tidak terkecuali ia turut memberi kesan pada sistem pendidikan terutama dalam mengendalikan peperiksaan besar macam SPM termasuk cabaran dihadapi pelajar.

Jadi, inisiatif ini ingin diberikan kepada mereka yang berjaya menyelesaikan dan mengharungi cabaran ini hingga mendapat keputusan cemerlang hasil ketekunan dalam pelajaran.

Selain itu, sudah tentu kita nak melihat kesusahan dihadapi mereka. Sebab ada juga yang DM saya cakap yang ibu meninggal dunia akibat Covid-19 tapi kena teruskan persekolahan juga dan banyak lagi cerita sedih.

Jadi, kriteria sebegini yang kita cuba utamakan. Jika bukan dalam kalangan B40 dan OKU, kita tawarkan pada yang mendapat keputusan cemerlang 7A.

Setiap usaha pasti ada ganjaran

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismai menyatakan tawaran itu juga sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Bukan nilai jadi ukuran, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran.

Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh biarpun berdepan pelbagai cabaran dan musibah.

Sumber: Instagram @hrisbismail

SKIP THIS AD ×