Sebelum ini, viral di media sosial mengenai jumlah duit raya yang diterima oleh Muhammad Bilal anak kepada pengacara dan usahawan, Noor Neelofa. Bilal dipercayai menerima duit raya lebih RM14k semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Anak Neelofa Dapat Duit Raya RM14 Ribu
Terbaru, menantu kepada Datuk Sri Siti Nurhaliza iaitu Tya Arifin turut memuat naik video anaknya, Arif Jiwa membuka sampul duit raya di Youtube. Ternyata duit raya yang diterima oleh Arif dan adiknya, Azzahra boleh dikatakan agak banyak dan tidak seperti kanak-kanak yang lain.
Rezeki Arif dan adik
Menerusi video berdurasi 6:42 saat, Arif ditemani ibu dan ayahnya ketika membuka sampul duit raya di rumah. Arif kelihatan sangat gembira sebaik sahaja melihat banyak sampul raya di atas meja. Seperti kanak-kanak yang lain, Arif membuka satu persatu sampul tersebut sambil membuat reaksi terkejut melihat duit raya yang diisi di dalam sampul berkenaan. Menerusi video berkenaan juga, Arif turut mengasingkan duit raya yang diterima oleh adiknya.
Nak tolong orang susah
Di minit yang kelima, Arif berjaya membuat netizen tersentuh apabila dia menyatakan hasrat untuk membantu golongan yang susah. Menurut Arif, dia mahu memberi duit rayanya kepada orang yang memerlukan. Di samping itu, dia mahu membeli permainan menggunakan wang yang ada. Si cilik yang berusia 5 tahun ini dilihat sangat baik dan tidak kedekut tatkala ibu dan ayahnya bergurau untuk meminta duit raya.
Sumber: Tya Arifin