Rezeki buat anak kepada pasangan selebriti, PU Riz dan Neelofa iaitu Muhammad Bilal apabila menerima duit raya lebih RM14k semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini. Alhamdulillah!
Artikel Berkaitan: Tak Beli Baju Raya Banyak Untuk Bilal, Neelofa & Haris Ismail Lebih Pentingkan Kesihatan
Artikel Berkaitan: Berlakon Bukan Keutamaan, Neelofa Fokus Jaga Muhammad Bilal – ‘Saya Nak Jalankan Rutin Sebagai Ibu Itu Lebih Daripada Lain’
Duit raya RM14k
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Neelofa menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok. Video pendek dikongsi menceritakan cahaya mata sulung mereka menerima duit raya sebanyak RM14,020.
Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal.
RM14 ribu ini semua duit-duit yang diberi sampai ada duit… 1k dirham. Jadi Bilal punya duit raya tahun ini hasil kutipan, RM14k and 20 ringgit. Masyallah hebat daripada kita lagi.
Video yang dikongsi telah mendapat satu juta tontonan dan menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut teruja dengan jumlah duit raya yang diterima oleh Bilal.
Sebagai rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada 29 Januari lalu.
Video penuh:
@neelofa? Eid Mubarak – Aayat Arif
Sumber: Neelofa