Gara-gara membuang air besar di atas tilam dan tidak mahu makan, seorang lelaki tergamak mendera anak angkatnya yang berusia empat tahun.
Artikel Berkaitan: Buang Air Besar Atas Tilam & Tak Mahu Makan Punca Budak Empat Tahun Didera Bapa Angkat
Pakai pampers seumur hidup!
Sebagai seorang ayah, pelakon Sharnaaz Ahmad bersuara mengenai perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
Menerusi Instagram Stories, Sharnaaz, 37, meluahkan kemarahan terhadap lelaki terbabit, pada Jumaat.
Memetik laporan media, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan bertindak memukul anak angkatnya sejak bulan lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, suspek telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada Khamis.
Suspek direman lima hari bermula 21 sehingga 25 Oktober ini.
Sumber: Instagram @sharnaazahmad