berita

Buang Air Besar Atas Tilam & Tak Mahu Makan Punca Budak Empat Tahun Didera Bapa Angkat

October 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hanya kerana membuang air besar di atas tilam dan tidak mahu makan, seorang lelaki tergamak mendera anak angkatnya yang berusia empat tahun.

Cedera bahagian badan, kaki dan kemaluan

Kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri di Ampang Jaya itu turut disaksikan adik ipar suspek yang tinggal bersamanya di rumah berkenaan sejak sebulan lalu. Difahamkan, adik ipar lelaki terbabit telah membuat laporan polis berikutan kejadian berkenaan.

Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dikatakan bertindak memukul anak angkatnya bermula bulan lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, wanita berusia 19 tahun yang juga adik ipar suspek pada mulanya bertengkar dengan kakaknya berpunca dia menegur cara mereka memarahi mangsa. Wanita tersebut juga pernah melihat mangsa dipukul oleh suspek.

Mangsa dijaga oleh kakak pengadu sejak berusia lima bulan yang diserah oleh seseorang yang tidak dikenali secara sukarela. Mangsa mengalami kecederaan di badan, kaki serta kesan luka di bahagian kemaluan dipercayai didera dengan menggunakan tangan oleh suspek. Mangsa kini mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Tambah Farouk, pihaknya telah menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, semalam.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing negatif dadah. Suspek direman lima hari bermula hari ini hingga 25 Oktober ini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×