berita

Dapat Peluang ‘Platinum’ Lihat Kawasan Stadium Sultan Ibrahim (JDT), Azizulhasni Terima Hadiah Daripada TMJ

September 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Datuk Azizulhasni Awang sempat mengadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim semasa berada di Johor, semalam. Pada pertemuan tersebut, Azizul telah berkongsi mengenai pengalaman serta kejayaannya ketika di Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Sempat Singgah Rumah TokTi Sebelum Pulang Ke Australia, Azizulhasni Terkejut Tengok Koleksi Basikal

Artikel berkaitan: Pernah Alami Situasi Yang Sama, Azizulhasni Titip Kata Semangat Buat Ziyad

Junjung kasih dengar idea patik

Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor @hrhcrownprinceofjohor diatas perkenan mencemar duli menjemput patik bersama Datuk @qobin_mokhtar untuk mengadap Tunku di JDT HeadQuarter. Patik amatlah terharu dan seperti bermimpi disiang hari kerana dapat bersama-sama dengan Tunku dan berkongsi pengalaman serta kejayaan di Olimpik Tokyo baru-baru ini. P

Patik juga menjunjung kasih di atas kesudian Tunku untuk mendengar idea dan pandangan patik dalam membangunkan arena sukan negara terutamanya sukan berbasikal di negeri Johor. Patik amat berharap agar apa yang dihasratkan dapat dijadikan realiti dan semoga ia dapat di manfaatkan oleh seluruh warga sukan terutamanya mereka yang berada di Johor.

Menurut Azizul, dia berasa terharu apabila TMJ sudi mendengar idea dan pandangannya berhubung arena sukan negara khususnya sukan berbasikal di negeri Johor. Pada masa yang sama, Azizul gembira dapat menikmati peluang ‘platinum’ untuk melihat sendiri seluruh pelosok kawasan stadium Sultan Ibrahim (JDT) secara eksklusif.

Syabas Tunku!

Patik menjunjung kasih di atas perkongsian dari Tunku ke atas patik dan ianya akan dijadikan sebagai rujukan dalam karier patik. Patik juga menjunjung kasih kerana di berikan peluang ‘platinum’ untuk melihat sendiri seluruh pelosok kawasan stadium Sultan Ibrahim (JDT) secara eksklusif. Fasiliti JDT @officialjohor memanglah terbaik dan ‘world class. Syabas diatas usaha dan pengorbanan Tunku dalam membina legasi ini.

Tambah Azizul, kemudahan fasiliti yang terdapat di JDT sememangnya bertaraf antarabangsa. Sebagai anak Malaysia, Azizul memberi ucapan syabas buat TMJ kerana berjaya membina sebuah legasi yang cukup hebat. Di akhir posting, Azizul memberitahu bahawa dia telah menerima hadiah peribadi daripada TMJ. Hadiah tersebut akan disimpan dan diingat sampai bila-bila ujarnya.

Sumber: Azizulhasni Awang

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×