berita

Dapat Sambutan Hangat Tahun Lepas, Festival #GETACTIVE Watsons Kembali Lagi Tahun Ini!

August 28th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Image from Watsons Malaysia

Tahun ini, peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Asia, Watsons sekali lagi akan mengadakan festival #GETACTIVE 2019 pada 19 Oktober ini di Sunway Lagoon Surf Beach dari pukul 4 petang sehingga 11 malam!

Terbuka untuk orang ramai termasuk kanak-kanak, dewasa, keluarga dan warga emas, festival #GETACTIVE adalah satu inisiatif Watsons dalam mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan.

Korang peminat Zumba, jom cuba Strong by Zumba pulak!

Kalau korang nak tahu, sebelum ini, festival #GETACTIVE ni dah pun mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan perhimpunan Zumba terbesarnya di Malaysia. Meneruskan kejayaannya tahun lepas, kali ini, acara Watsons Move Your Body Zumba menyasarkan lebih ramai penyertaan dari peminat Zumba untuk menyertai acara yang menyeronokkan ni!

Lebih menarik, peserta akan diperkenalkan dengan Strong by Zumba, iaitu sebuah senaman berintensiti tinggi menggunakan tempo muzik laju dengan tujuan meningkatkan ketahanan fizikal badan. Contohnya seperti, burpees, push-ups dan gerakan senaman berimpak tinggi yang lain. Menarik kan?

Persembahan Strong by Zumba dari Sunny Cheong

Persembahan zumba yang lincah dan bertenaga dari pengajar Zumba profesional iaitu Deno Au dan Alex Phang.

Menurut pengarah urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, “Kami sentiasa komited untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan ini adalah tahun keenam kami dalam menganjurkan festival #GETACTIVE Watsons

“Senaman adalah agen perpaduan dalam menggabungkan rakyat Malaysia dari semua latar belakang dan usia”

Oh ya, OHBULAN! sekali lagi menjadi rakan media rasmi dalam talian untuk festival #GETACTIVE 2019. Yeay!

That's us on the far left!

Lebih 10,000 peserta dijangka akan menyertai festival #GETACTIVE tahun ini!

Image from Watsons Malaysia

Haa..selain acara Zumba dan Strong by Zumba, terdapat banyak lagi perkara dan aktiviti yang best di sana seperti food trucks, bazar kesihatan dan kecantikan, bengkel kecergasan dan pelbagai permainan menghiburkan yang korang boleh sertai.

Jadi, jangan lupa dapatkan tiket festival #GETACTIVE korang di mana-mana kedai Watsons di kawasan Lembah Klang atau beli secara dalam talian pada harga RM38.40 (setiap satu) untuk merasai keseronokan dan kelainan festival #GETACTIVE pada tahun ini. Wee..tak sabarnya.. Jumpa korang kat sana nanti!

Untuk maklumat lanjut, klik sini. 

SKIP THIS AD ×