berita

Dapat Teka Siapa Penyanyi Sebenar? Masa Untuk Hantarkan Jawapan & Menang RM2000!

August 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Shout Out!

Korang peminat setia rancangan I Can See Your Voice musim kedua (ICSYVMY2)? Tak pernah terlepas walau satu episod pun? Masanya telah tiba untuk korang menghantar jawapan bagi peraduan I Can See Your Voice dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM2000 setiap seorang!

Caranya mudah, bermula 12 Ogos korang kena layari laman web xtra.com untuk mendaftar dan korang hanya perlu meneka pemilik suara yang sebenar beserta slogan. Jawapan yang tepat bersama slogan yang terbaik bakal dinobatkan sebagai pemenang. Nak tahu siapa pemilik suara misteri tersebut, korang boleh lihat pembayang yang disediakan ini.

Pembayang pertama

Agak-agaknya korang boleh tak teka siapa pemilik suara yang sebenar berdasarkan tiga suara penyanyi yang tidak sampai sesaat pun. Susahkan? Kalau susah jangan risau, ada lagi pembayang untuk memudahkan korang meneka yang mana satu penyanyi yang sebenar.

Pembayang kedua

Jika korang peminat tegar ICSYVMY2, korang mesti tahu pembayang kedua ni kebiasaannya peserta akan cuba menggerakkan bibir untuk berlakon sebagai penyanyi yang sebenar. Apa pandangan korang dengan video persembahan mereka? Yang mana korang rasa penyamar suara sumbang dan penyanyi sebenar.

Nak dapatkan pembayang ketiga pula? Korang kena layari xtra.com.my, daftar masuk dan dapatkan membayang ketiga bagi meneka penyanyi sebenar.

Yang mana satu penyanyi sebenar?

Dah dengar belum pembayang ketiga betul-betul? Korang dapat teka yang mana satu penyanyi sebenar? Apa tunggu lagi, dah dapat jawapan pergi lah daftar di laman web xtra.com.my/icanseeyourvoice untuk menghantar jawapan padanan suara beserta slogan yang menarik. Seramai 5 orang yang bertuah yang memberikan jawapan tepat berpeluang untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000 setiap seorang. Nama pemenang akan diumumkan pada episod 11 (1 September 2019), episod 12 (8 September 2019) dan episod 13 (15 September 2019).

Jadi tunggu apa lagi, jom sertai pertandingan ini untuk berpeluang menang wang tunai RM2000! Mungkin rezeki korang pulak kali ini kan?

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×