Bintang Bollywood terkenal, Salman Khan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang cermin antipeluru di rumah kediamannya di Mumbai selepas difahamkan menerima ugutan bunuh.

Artikel Berkaitan: Mulut Lancang Punca Mafia Hantar Ugutan Bunuh Terhadap Salman Khan

Dapat ugutan bunuh

Menerusi video yang tular di aplikasi X, dapat dilihat beberapa orang pekerja sedang melakukan kerja-kerja pemasangan cermin berwarna biru tersebut di tingkap serta balkoni rumah pelakon yang popular menerusi filem ‘Bajrangi Bhaijaan’ itu.

Memetik laporan portal TheHindu.com, pihak polis telah membuka kertas siasatan setebal 4,900 muka surat mengenai ugutan bunuh yang diterima Salman.

Difahamkan, Salman dipercayai telah menjadi sasaran bunuh kumpulan jenayah yang diketuai seorang gangster terkenal di India.

Sekadar info, cubaan untuk membunuh Salman telah dilakukan pada April tahun lalu selepas kediaman pelakon itu ditembak oleh dua orang lelaki yang menaiki motosikal.

Walau bagaimanapun, cubaan tersebut gagal disebabkan kawalan keselamatan yang ketat di sekitar rumah Salman.

Sumber: Aplikasi X, Portal The Hindu