berita

Mulut Lancang Punca Mafia Hantar Ugutan Bunuh Terhadap Salman Khan

August 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Salman Khan

Pelakon Bollywood, Salman Khan dilaporkan menerima ancaman bunuh daripada seorang mafia yang tidak berpuas hati dengan kelancangan mulutnya.

Artikel Berkaitan: Filem ‘Radhe: Your Most Wanted Bhai’ Mampu Buat Penonton Duduk Selama 2 Jam 15 Minit Di Tonton Cinema Tanpa Berganjak!

Ugutan bunuh

Salman Khan

Menerusi laporan Times Of India, mafia yang dikenali sebagai Goldy Brar itu membuat ugutan tersebut selepas Salman Khan menghina salah seorang peserta program Big Boss OTT musim kedua iaitu Elvish Yadav.

Menerusi program realiti itu, pelakon filem Tiger 3 itu dikatakan mengecam kelakuan Elvish termasuk cara pergaulannya dengan peserta wanita.

Buat pengetahuan korang, ini bukan kali pertama Salman menerima ugutan bunuh malah sebelum ini terpaksa mengetatkan kawalan keselamatan apabila kumpulan gangster Rajasthan iaitu Lawrence Bishnoi membuat perkara serupa.

Biarpun Lawrence berada di penjara, mesej disampaikan terus kepada aktor berusia 57 tahun itu membuatkan dia diselubungi kebimbangan.

Malah Salman dan ahli keluarganya dinasihatkan agar tidak keluar ke tempat awam yang boleh mendedahkan mereka kepada risiko serangan hendap.

Lawrence dilaporkan membuat ugutan itu susulan pemburuan haram melibatkan aktor tersebut pada 1998.

Sumber: Times Of India

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×