Drama Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad akhirnya telah melabuhkan tirai setelah 15 episod bersiaran. Tidak dinafikan, drama lakonan hebat Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina dan Alvin Chong mendapat tempat di hati peminat sehingga trending di sosial media setiap episod.
Artikel berkaitan: ‘Kenapa Nak Maki Hamun Pelakon Pulak’ – Nazim Othman Tegur Penonton Yang Lebih ‘Emo’
Artikel berkaitan: ‘Diaorang Pun Dah Kahwin’ – Wanita Kongsi Senasib Juweta, Suami Dirampas BFF ‘Innocent’
Ramai penonton tidak sangka ‘plot twist’ yang dilakukan pengarah pada episod terakhir ini. Di mana, watak Mika sebenarnya adalah bukan anak kepada Ean dan Ruhila tetapi…
Episod akhir penuh drama
Episod akhir drama Takdir Yang Tertulis memaparkan Juweta kembali memegang jawatan sebagai CEO di syarikat milik arwah ayahnya setelah bapa saudaranya, Majid akan memindahkan semua saham ke syarikat tersebut. Konflik drama diteruskan dengan menyaksikan perbalahan antara pasangan suami isteri iaitu Azlan dan Ruhila apabila Azlan telah mendapat keputusan doktor dan mengetahui dirinya mandul. Persoalan terus bermain di kepala Azlan untuk mengetahui siapa ayah kepada Mika yang sebenarnya?
Akhirnya, perkara tersebut dimaklumkan oleh Mika sendiri yang semua orang telah mengetahui bahawa Ean adalah ayah kandung kepada Mika. Tanpa berfikir panjang, Azlan melafazkan talak satu kepada Ruhila.
Siapa ayah kepada Mika?
Kejahatan demi kejahatan yang dirancang Che Salmah bersama Hakim mula didedahkan satu per satu. Sehingga membuatkan Hakim ditahan dan dipenjarakan atas tuduhan penipuan serta kesalahan yang dilakukannya.
Di penghujung drama memaparkan kesemua watak insaf, saling memaafkan dengan kesilapan yang dilakukan mereka sebelum ini dan memilih jalan hidup sendiri.
Namun, satu lagi rahsia terbongkar yang sudah tentu semua watak tidak tahu akan hal ini. Di mana, Hakim sebenarnya telah merancang dan merogol Ruhila pada tujuh tahun lalu. Adakah Hakim merupakan ayah kandung kepada Mika?
Satu Malaysia kena ‘game’
Rata-rata penonton menyukai drama Takdir Yang Tertulis apabila pengarah Shahrulezad mempamerkan sebuah pengakhiran yang sarat dengan ‘plot twist’. Malah, plot twist mengenai watak Hakim itu adalah sesuatu diluar jangkaan penonton. Tambahan, mereka turut menyukai skrip, lakonan dari para pelakon yang hebat dan sinematografi yaang bagus.
Episod akhir
Sumber: Drama Sangat, Twitter