Kalau dulu bila orang sebut TVET, mesti terbayang bengkel, mesin dan kerja teknikal je kan? Tapi sekarang, TVET dah berubah wajah! Dengan adanya inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2026, pelajar TVET kini bukan sekadar belajar kemahiran asas tapi turut dilatih dalam bidang AI, automasi, data dan teknologi digital.

Langkah ni seiring dengan usaha kerajaan untuk pastikan anak muda Malaysia bersedia menempuh cabaran masa depan, selaras dengan hala tuju Ekonomi MADANI yang fokus pada pembangunan kemahiran masa depan dan peluang pekerjaan berimpak tinggi.

Lebih canggih, siap dengan makmal AI & bengkel automasi!

Melalui Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan pembinaan Kolej Vokasional baharu dan menaik taraf kampus sedia ada dengan kemudahan moden seperti makmal AI, bengkel automasi dan pusat pembelajaran siber.

Langkah ni bukan sekadar bagi pelajar pengalaman belajar yang lebih menarik, tapi juga mempersiapkan mereka untuk kerjaya masa depan dalam bidang teknologi tinggi. Dari welding guna robot, sampai projek rekaan digital berasaskan AI, semua ni dah jadi realiti di institusi TVET era baharu!

Program “AI For MY Future” juga buktikan anak muda Malaysia pun boleh kuasai AI!

Salah satu program yang menarik perhatian ramai ialah “AI For MY Future”, hasil kolaborasi antara Microsoft, Biji-biji Initiative, mereka dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Program ni bertujuan melahirkan generasi muda celik AI, dengan latihan hands-on tentang kemahiran masa depan seperti pembelajaran mesin, analisis data, automasi dan etika digital.

Antara peserta yang berjaya menamatkan program ni ialah Harees Haiqal, yang berkongsi pengalaman menariknya

Program ni betul-betul membuka mata saya tentang potensi AI dan kemahiran masa depan. Antara momen paling berharga ialah dapat berjumpa dengan tokoh-tokoh inspirasi seperti YB Puan Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang), Mr. Rashvin Pal Singh (CEO Biji-biji Initiative), dan Mr. Mohd Rawi Othman yang banyak beri pandangan tentang bagaimana AI mengubah industri dan kerjaya.”
Harees Haiqal, peserta AI For MY Future Upskilling Program

Tambahnya lagi, pengalaman ini bukan sekadar tentang teknologi tapi tentang kepimpinan, inspirasi dan semangat untuk terus berkembang.

“Saya belajar bahawa kepimpinan bukan tentang pencapaian semata-mata, tapi tentang bagaimana kita mengangkat dan memberi inspirasi kepada orang lain.”
Harees Haiqal

Terus sokong impian anak muda kuasai dunia digital!

Melalui Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan dana besar bagi memperkasa sektor TVET dan latihan kemahiran digital. Antaranya termasuk:

  • Penubuhan kolej vokasional baharu di Sabah serta penaiktarafan institusi TVET sedia ada.
  • Peruntukan RM3 bilion kepada HRD Corp untuk menyediakan 3 juta peluang latihan, termasuk dalam bidang AI, data, automasi dan teknologi digital.
  • Program kolaborasi antara sektor awam dan swasta untuk memastikan anak muda Malaysia mendapat akses kepada latihan AI & kemahiran masa depan.

Inisiatif ini bukti jelas bahawa kerajaan serius menjadikan Malaysia sebuah ekonomi digital maju, di mana kemahiran teknologi jadi asas kepada peluang pekerjaan dan pertumbuhan negara.

Melalui pelbagai inisiatif seperti pengukuhan TVET, latihan digital oleh HRD Corp, serta kerjasama strategik bersama industri teknologi seperti Microsoft, kerajaan komited melahirkan tenaga kerja tempatan yang mahir, kompetitif dan bersedia menghadapi dunia digital.

Inilah masanya anak muda Malaysia buktikan kehebatan dalam dunia digital!

Kalau korang nak ikut jejak langkah anak muda macam Harees, inilah masa untuk rebut peluang latihan TVET & AI yang kerajaan dah sediakan.

Satu langkah kecil hari ni mungkin jadi pintu rezeki besar untuk masa depan.

#Belanjawan2026 #EkonomiMADANI #RancakkanMADANI