berita

Dari Pilot Kapal Terbang Ke Pilot Van Jenazah

September 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Industri penerbangan dan pelancongan di serata dunia mengalami kemerosotan yang tinggi akibat pandemik Covid-19. Hal ini disebabkan, pintu-pintu sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan wabak ini. Sektor penerbangan seakan lumpuh dan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Turut menerima tempias Shidi, yang merupakan bekas juruterbang Etihad Airways yang diberikan Voluntary Separation Scheme (VSS) atau dikenali sebagai Skim Pemisahan Sukarela setelah berkhidmat selama 11 tahun bersama Etihad Airways.

Menjadi pilot van jenazah

Shidi tidak kekok untuk menjadi pemandu van jenazah di bawah seliaan Amal Team. Walaupun ini pengalaman pertamanya menjadi pemandu van jenazah. Amal Team merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang menyediakan khidmat menguruskan jenazah secara percuma dan bagi yang berkemampuan kadar yang dikenakan adalah RM 1 bagi setiap kilometer perjalanan termasuk tol.

Zulhairi yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam badan Amal Team menghormati tindakan Shidi yang tidak kisah akan kerja yang diberikan kepadanya. Menurutnya 2 hari lepas, Shidi ditugaskan untuk menghantar jenazah dari Selayang ke Melaka.

Netizen puji tindakan Shidi

Melalui posting tersebut telah mendapat perkongsian sebanyak 314, dan 3.1k like dan tindakan Shidi dipuji oleh netizen kerana tidak kisah akan apa kerja yang dilakukan. Walaupon sebelum ini Shidi sudah terbiasa membawa kapal terbang yang sudah membawanya ke serata negara.

Netizen turut mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepada Shidi supaya tidak berputus asa.

Sumber: Mohd Zulhairi  & Press Reader

SKIP THIS AD ×