berita

Rosyam Nor Ajak Individu Ada Pengalaman Misteri Join Podcast, Kerja Bawa Van Jenazah & Jururawat Dialukan

October 31st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Rosyam Nor

Selain aktif dalam dunia lakonan dan perniagaan, umum mengetahui pelakon Datuk Rosyam Nor juga sibuk mengendalikan program podcast terbitannya iaitu Hitam Putih.

Artikel Berkaitan: ‘Perempuan Bila Bekerjaya, Dah Banyak Duit, Dia Berlagak’ – Rosyam Nor

Artikel Berkaitan: Rosyam Nor Hargai Orang Ramai, Tawarkan Baucar Hadiah RM100,000 Pada Yang Bertuah

Orang ada pengalaman seram

Rosyam Nor

Terbaharu, Rosyam menerusi hantaran di Instagram Story mencari mana-mana individu yang pernah berdepan situasi seram atau sering diganggu makhluk halus untuk berkongsi pengalaman mereka dalam program tersebut.

Ada sesiapa yang kerja shift malam selalu ‘kena kacau’ tak? Saya nak borak podcast dengan orang-orang macam pengawal, dj, nurse, driver van jenazah yang boleh kongsi kisah misteri.

Terdahulu, salah satu episod podcast Hitam Putih tular apabila Rosyam memberikan pendapatnya bahawa kebanyakan perempuan akan memiliki sifat angkuh apabila mempunyai kerjaya dan memiliki duit yang banyak.

Tambah aktor itu lagi, wanita begitu akan mula meninggikan suara, mengeluh dan mengadu penat membuat kerja rumah apabila memiliki kerjaya yang bagus.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×