Setiap kali festival besar datang ke Kuala Lumpur, memang banyak aktiviti yang akan berlangsung. Kadang tu, sampai tak tahu nak mula dari mana. Semuanya menarik!

KL Festival kali ini pun tak kurang meriahnya. Dengan pelbagai event dan aktiviti. Rugi kalau korang tak datang dan bawa keluarga bersama untuk having fun disini.  

Bertemakan Memory & Tomorrow 

KL Festival 2026 dianjurkan oleh Think City bersama DBKL, dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Ia juga sebahagian daripada inisiatif Visit Malaysia 2026 dan Warisan KL, selari dengan status Kuala Lumpur sebagai Unesco Creative City of Design.

Bertemakan Memory & Tomorrow,  fokus utama festival ini adalah tentang bagaimana warisan dan kisah lama boleh membentuk masa depan bandar. Sebab tu korang akan nampak gabungan elemen tradisional dan moden dalam setiap program.

Daripada persembahan wayang kulit yang diberi nafas baru, tarian kontemporari, teater, instalasi seni interaktif, hingga tayangan filem outdoor, semuanya berlangsung dengan latar belakang bangunan bersejarah KL.

Menariknya, kali ini ada cara yang lebih ‘smart’ untuk korang nikmati semua aktiviti di festival ini.

Rancang lebih mudah dengan KL Festival Discovery Pass

KL Festival 2026

Kalau dulu kita pergi festival sekadar walk-in dan ikut flow, sekarang experience tu dah upgrade.

Dengan KL Festival Discovery Pass powered by Maxis, korang boleh rancang perjalanan dengan lebih teratur sambil memastikan setiap aktiviti yang diinginkan tak terlepas begitu saja.

Semua info penting dikumpulkan dalam satu platform, daripada jadual penuh festival, lokasi acara sehinggalah cara untuk kumpul points sepanjang korang explore. Senang cerita, macam ada ‘festival guide’ sendiri dalam poket.

Bukan sekadar explore, tapi boleh earn sekali

Apa yang buat pengalaman ni lagi menarik, bukan sekadar memudahkan perancangan. Sepanjang korang bergerak dari satu aktiviti ke aktiviti lain, korang juga boleh kumpul points dan unlock pelbagai rewards.

Dan ganjaran yang ditawarkan bukan biasa-biasa. Antaranya termasuk peranti teknologi terkini, penginapan hotel menarik di sekitar Kuala Lumpur, serta baucar F&B dan lifestyle.

Maksudnya, datang untuk enjoy, tapi dalam masa sama ada peluang untuk balik dengan sesuatu.

Aktiviti on-ground yang buat lagi happening

Selain itu, pengalaman on-ground pun tak kurang happening. Maxis turut membawakan aktiviti fizikal seperti Maxis Family Lounge di lokasi terpilih termasuk Jogeton dan Pancaragam, di mana pengunjung berpeluang menikmati suasana santai sambil mendapatkan goodies eksklusif.

Kalau bernasib baik, korang juga mungkin akan terserempak dengan Dinocorns yang akan muncul di sekitar KL pada hujung minggu. Boleh singgah ambil refreshment, rehat sekejap dan teruskan eksplorasi.

Pergi festival pun kena ada strategi

Akhir kata, KL Festival bukan sekadar event biasa. Ia tentang pengalaman dan cara korang merancang akan menentukan sama ada korang sekadar datang atau benar-benar menikmati setiap momen.

Jadi sebelum turun KL nanti, pastikan korang dah bersedia. Bila semuanya dah di hujung jari, daripada planning sampai earning, barulah pengalaman tu rasa lebih lengkap dan berbaloi.

Oh ya, KL Festival ini berlangsung pada 6 Mei hingga 31 Mei 2026, jadi tunggu apa lagi? Jumpa korang di sana!