berita

Darurat: Agong Bakal Lakukan Rundingan Dengan Raja-Raja Melayu

October 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai telah tiba di Istana Abdul Aziz, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Muhyiddin dipercayai bergegas ke Kuantan, selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Jabatan Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan media Istana Negara, baginda telah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri pada pukul 5 petang semalam. Sesi menghadap ini juga merupakan susulan daripada mesyuarat khas yang berlangsung itu.

Cadangan yang telah dicapai

Menurut Istana Negara, baginda berkenan menerima sembah taklimat cadangan-cadangan yang telah dicapai oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri tersebut untuk pertimbangan dan ampun perkenan baginda untuk pelaksanaannya. Baginda juga amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi wabak Covid-19.

Memainkan peranan masing-masing

Dalam pada itu, baginda berharap rakyat memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi wabak tersebut.

Sumber: Istana Negara

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×