berita

‘Darurat Ini Bukanlah Perintah Berkurung, Tiada Rampasan Tentera’ – PM

January 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin di Istana Negara. Pada sesi menghadap tersebut, Muhyiddin telah menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung kes positif Covid-19.

Artikel berkaitan: Agung Perkenan Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Susulan daripada itu, menerusi sidang media pengumuman khas darurat sebentar tadi oleh Muhyiddin Yassin, beliau memberitahu bahawa baginda memberi perkenan supaya pengisytiharan tersebut dilaksanakan bermula 11 Januari sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Bukan perintah berkurung

Menurut Muhyiddin, pengisytiharan proklamasi darurat ini bukannya perintah berkurung dan bentuk rampasan tentera. Tambahnya, kerajaan awam dan kerajaan negeri akan terus berfungsi dan tidak akan terganggu sepanjang tempoh pengisytiharan ini.

Jelas beliau lagi, kawalan sempadan negara akan diperketatkan lagi dan anggota tentera diberi kuasa bersama pihak polis untuk menangkap pendatang asing tanpa izin dan sesiapa yang menceroboh negara. Ujar beliau lagi, Parlimen juga tidak akan bersidang, termasuk pilihan raya umum, negeri dan kecil juga tidak akan diadakan sepanjang tempoh proklamasi darurat ini.

Sumber: TV3 

SKIP THIS AD ×