berita

Agong Perkenan Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

January 12th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara sebentar tadi, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan mengisytiharkan darurat bagi membendung pandemik Covid-19 yang semakin bertambah.

Tempoh pelaksanaan darurat ini, dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika wabak ini dapat dibendung dengan cepat.

Dicadangkan oleh jemaah menteri

Sekadar gambar hiasan

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perkenan menghadap Agong bagi mencadangkan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif dalam membendung dan menurunkan semula kes Covid-19. Setelah mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Baginda berpendapat keputusan tersebut adalah wajar di mana negara Malaysia sedang berada dalam keadaan yang kritikal.

Pada masa yang sama, Baginda turut mencadangkan supaya kerajaan sedia ada membentuk satu Jawatankuasa Bebas yang akan dibarisi oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan, Pembangkang, dan kepakaran dalam bidang yang berkenaan. Malahan, Baginda juga mengambil kesempatan mengajak rakyat Malaysia bersama-sama dalam berdoa supaya wabak ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, Perdana Menteri dijangka bakal melakukan satu sidang khas pada hari ini bagi memperincikan dengan lebih lanjut tentang pengisytiharan darurat.

Sumber: Istana Negara

SKIP THIS AD ×